View: 1328|Reply: 7
|
Cukuplah Empat Anak, Adira Suhaimi Dah Ikat Peranakan
[Copy link]
|
|
Adira Suhaimi mendedahkan telah melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat’ peranakan selepas melahirkan anak keempat.
Menurutnya, walaupun mengikut hukum Islam perbuatan mengikat peranakan adalah haram, tindakan tersebut diambil adalah untuk mengambil kira faktor kesihatannya.
Foto: IG
“Saya dah BTL atau ikat, bukan potong ya. Sebabnya saya dah empat kali caesarean section (kaedah bersalin melalui pembedahan) dan mungkin akan ada risiko.
“Tapi sebenarnya kalau ikutkan betul haram kalau nak ikat. Cuma atas sebab-sebab yang tertentu serta nasihat doktor, saya dan suami bersetuju untuk melakukannya,” katanya.
Tambah pelantun lagu Pujaan Hati ini, memiliki empat cahaya mata sudah cukup untuk melengkapi kehidupannya.
“Cukuplah dua perempuan, dua lelaki. Alhamdulillah, saya fokus yang empat-empat itu sajalah dengan kerjaya.
“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini, mahupun dari segi kerja dan anak-anak terutamanya,” ujarnya yang ditemui di sidang media Body Flasshh di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Adira memberitahu dia gemar akan nama-nama anak yang ringkas dan mudah untuk diingati.
Untuk rekod, Adira dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red telah mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
uiii 4 kali bedah. moga bahagia adira, sihat, selamat segala urusan. moga anak anak membesar dengan baik. suara sedap, harap ada rezeki kluor lagu baru ye |
|
|
|
|
|
|
|
Memang haram eh kalau ikat peranakan? So kalau lelaki, buat vasectomy tu haram jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka dia ni. Ambk laki org tp diam2 x merempan |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 18-11-2022 08:15 PM
Memang haram eh kalau ikat peranakan? So kalau lelaki, buat vasectomy tu haram jugak ke?
Haram kalau takde sebab, saja2 nak buat sebab dikira mengubah ciptaan.
Tak haram kalau atas faktor kesihatan |
|
|
|
|
|
|
|
Patot laki hang la yang ikat peranakan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
DragonSari replied at 18-11-2022 08:19 PM
Aku suka dia ni. Ambk laki org tp diam2 x merempan
Betul X Ada over |
|
|
|
|
|
|
|
Adik ipaq aku dah ikat 10 thn lepas kalau x silap alih2 peknen gak hahahah adoiii nasibla xde anak pompuan tup tup ni nampak gaya anak pompuan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|