CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lah Ahmad Tak Setuju Damian Mikhail Hentam Kumpulan VE

3-11-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1760| Komen: 6

Penyanyi Lah Ahmad beranggapan tiada salah untuk bekas anggota kumpulan V.E iaitu Damian Mikhail memberi pendapat mengenai rakan seangkatan namun berharap biarlah komen itu membina bukannya mengkritik.


Menurut Lah, sebagai bekas ahli kumpulan V.E, Damian sepatutnya memberi sokongan dan mendoakan rakan-rakan yang masih berjuang di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9).


IG

“Bagi saya, kalau nak beri pendapat tu biarlah membina sikit. Dia boleh saja bagi komen membina sebab dalam industri ini kita kena beri sokongan dan doa untuk kawan seangkatan.

“Saya sendiri kalau ada kawan keluar album, saya ucap tahniah dan bila nampak Adeep menyanyi minggu kedua GV9 dengan baik, saya ucap tahniah.


“Jadi, tak perlu la komen secara nak hentam. Sebab nanti dekat padang mahsyar, orang akan ungkit apa yang kita tak puas hati. Sebab tu kita jangan buat salah sebesar zarah pun,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, Damian Mikhail dilihat lantang bersuara mengkritik kumpulan VE yang menyertai GV9 secara terbuka di media sosial.

Malah Damian juga pernah mengatakan dia tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti dan mengharapkan elaun mingguan selain diminta melakukan persembahan lari daripada gaya asal artis berkenaan.

Sementara itu, Lah sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini rakan-rakannya selain mendoakan yang terbaik buat VE yang masih bersaing di pentas Gegar Vaganza 9 (GV9).

“Saya tahu apa perkembangan terkini kawan-kawan, sahabat saya yang kenal dari dulu. Memang saya ambil tahu walau bidang apa-apa pun.

“Bagi saya, susah nak cakap mewakili semua orang. Sebab tu saya lebih selesa bergerak sendiri, kalau ada salah apa-apa saya sendiri yang tanggung.

“Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat VE. Saya sangat suka mereka masuk GV dan persembahan mereka sangat best.

“Saya respect mereka dapat membuat persembahan dengan bawa lagu orang lain dengan baik, mereka memang layak bawa nama VE,” ujarnya.


Sumber: GEMPAK






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farhaz 3-11-2022 07:13 PM
Edited by Farhaz at 3-11-2022 07:14 PM

Awalnya sis expect ve akan perform dgn anggota original, mesti lagi mengimbau memories zaman remaja meols. Tengok2 yg muncul ahli baru yg dah keluar dgn lagu baru pun hah. So sis sokong statement lah ahmad. Berlapang dada je lah dgn ve baru. Since damian pun lama dah kan keluar ve. Lagi pun sedap je ve baru perform, terutama adeep. Yg lain ok2 la. Hihihi.
Quote Acikgomen 3-11-2022 09:32 PM
Farhaz replied at 3-11-2022 07:13 PM
Awalnya sis expect ve akan perform dgn anggota original, mesti lagi mengimbau memories zaman remaja  ...

Adeep yg gundu sporean tu eh
Quote Farhaz 4-11-2022 12:30 AM
Acikgomen replied at 3-11-2022 09:32 PM
Adeep yg gundu sporean tu eh

Ohh.. Tak sure la dia sporean ke bukan sis. Tapi kalau tak silap rasanya dia fabulous cat dulu.
Quote bulalof 4-11-2022 07:36 AM
dengki le tew tak berduit kawan2 dpt wat show.
Quote nia_salina 4-11-2022 07:45 AM
i notice dia mcm bitter VE masuk GV. mcm nak kata VE tu ekslusif kenapa masuk GV.padahal ok je i tgk bagus la sbb VE tk se besar ruffedge actually. team member ruffedge tu stil relevan ada belakon bagai.Kalau VE i tau Lah je la.tkle la nak stuck kt zaman lama wpun VE tu dia yg asaskn
Quote KamikuP 4-11-2022 10:19 AM
Kalu hati tu dah berkarat baik ko join politik le Damien oii

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068526 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top