Mona Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya di media sosial. Kecomelan serta wajah gebu yang dimiliki Petra Pekin itu berjaya menambat hati para peminat.
Kata Mona sewaktu hamil dulu dia kerap menonton drama Korea dan disebabkan itulah wajah anaknya sudah mirip seperti warga Korea Selatan. “Oppa sangat Petra ini, masa mengandung dulu suka tengok drama Korea, kan dah macam K-Pop,” tulisnya ruangan kapsyen.
|
ADVERTISEMENT