Pelakon kacak Theo James menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila aksinya berbogel dalam drama terbaharu lakonannya, The White Lotus.
Babak tersebut bukan sahaja memperlihatkan Theo tidak berpakaian, tetapi turut menampakkan bahagian kemaluannya. Lebih mencetuskan kontroversi apabila babak berkenaan tidak disunting membuatkan bentuk punggung dan kemaluan James jelas kelihatan dalam salah satu babak drama berkenaan. Memetik laporan Daily Mail, James memberitahu babak tersebut hanya sebahagian berbanding aksi sebenar yang telah dipotong oleh pihak produksi.
Bagaimanapun, James berasa selesa meskipun tidak berpakaian di hadapan kamera malah beranggapan ia adalah sesuatu yang semula jadi. "Dalam kontrak saya sudah tertulis, saya tidak dibenarkan melakukan apa-apa tanpa berbogel sepenuhnya," katanya. Menerusi babak kontroversi itu, James yang memegang watak sebagai Cameron Babcock sedang menukar pakaian dan berbogel di belakang Harper Spiller dilakonkan Aubrey Plaza. Difahamkan, bukan hanya James yang tidak berpakaian dalam drama tersebut malah pelakon lain turut berbogel untuk babak tertentu dalam The White Lotus musim kedua. Sumber: mStar |
Sazreena replied at 2-11-2022 09:56 PM
Pepahal iols sep dulu dalam mylist...kena maraton S1 dulu la gamaknya.
dekmieDandy replied at 3-11-2022 09:48 AM
kalau tak tengok s1 pun takpa, sebab ada sorang je pelakon asal dari s1 masuk
cerita dia tak berk ...
ADVERTISEMENT