CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ngeri Tengok Lautan Manusia Dalam Mall Angkara Sheila On 7

2-11-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5194| Komen: 82

Description: Kemunculan Sheila On 7 (SO7) beraksi secara percuma di sebuah pasar raya Ahad lalu mengubat kerinduan peminat.TwitterMana tidaknya, sudah lama kumpulan popular menerusi lagu Berhenti Berharap tersebut ...
Kemunculan Sheila On 7 (SO7) beraksi secara percuma di sebuah pasar raya Ahad lalu mengubat kerinduan peminat.


Twitter

Mana tidaknya, sudah lama kumpulan popular menerusi lagu Berhenti Berharap tersebut tidak membuat kemunculan dan mengadakan konsert.

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan peminat berkumpul, timbul pula isu kesesakan lalu lintas di sekitar pusat beli-belah Kasablanka di Jakarta selepas SO7 selesai membuat persembahan.




Memetik laporan Suara, pihak penganjur konsert percuma itu dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa pemilihan lokasi yang tidak sesuai dan menyusahkan banyak pihak.

Bukan itu sahaja, keadaan di dalam pusat beli-belah itu juga dikatakan tidak terkawal apabila peminat membanjiri setiap tingkat untuk menyaksikan kumpulan itu.



Difahamkan peminat mula berkumpul di lokasi beberapa jam lebih awal sebelum SO7 membuat kemunculan.

Biarpun isu kesesakan itu menjadi bualan ramai, ia juga membuktikan kumpulan berkenaan masih mempunyai pengikut yang ramai meskipun sudah lama tidak muncul dengan album baharu.



Malah pengunduran pemain drama SO7 iaitu Brian pada Mei lalu tidak menjejaskan sokongan peminat terhadap tiga anggota lain iaitu Duta, Eros dan Adam.


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-11-2022 10:25 AM
Berapa ekor sardin mati terhimpit kali ni sister?
Quote white_musk 2-11-2022 10:26 AM
Pemuja pemuja artis di mana mana
Quote LostStar 2-11-2022 10:30 AM
SO7 kot... haiyooo.. mmg ramai la mari.. kalau buat kt sini pon maw berhimpit gak.. free plak tu..
Quote ifanonline 2-11-2022 10:31 AM
ada kematian tak? kalau takde, amatlah mendukacitakan
Quote Travelo 2-11-2022 10:39 AM
ala...hawat tak mati beramai2 mcm insiden2 baru2 ni...spoilt la
Quote DayangKirana 2-11-2022 11:24 AM
ni je band indon yg i suke.. dah lebih 20 tahun but still best...
Quote esbok 2-11-2022 11:26 AM
dulu ada berita lantai mall runtuh. tengok mcm ni punya ramai, mmg selamat ke berdiri beramai2 serentak gitu
Quote AnBulisia 2-11-2022 11:42 AM
Tunggu aku di jakarta
Quote grouper 2-11-2022 11:51 AM
esbok replied at 2-11-2022 11:26 AM
dulu ada berita lantai mall runtuh. tengok mcm ni punya ramai, mmg selamat ke berdiri beramai2 seren ...

Live load lantai mall tu masih dpt tampung bilangan org seramai tu sbb dlm design dah ambil kira faktor tu...yg pernah runtuh tu maybe design failure atau bina x ikut spek..berbeza ngan jambatan gantung yg baru putus kat India baru2 ni yg ramai mati tu...jambatan tu dh lebih kapasiti so mmg akan berlaku failure la
Quote cmf_PariS 2-11-2022 11:53 AM
kalau runtuh tu pehhhhhhh drama lagi
Quote Skuau 2-11-2022 11:57 AM
takde pe pon..bior la...
Quote dua_chzy 2-11-2022 12:01 PM
Dulu pun mereka berhenti menyanyi gara2 peminat2 mati kena pijak semasa konsert berlansung.
Quote Decaffeinated 2-11-2022 12:02 PM
Sebab itu artis Malaysia kalau ada yang boleh tembus indon ni makan tak habis lah

Quote dua_chzy 2-11-2022 12:02 PM
Semoga S07 buat konsert berbayar di Malaysia. Musti tiket laku sejam sold out macam Dewa 19.
Quote SalenaGomez 2-11-2022 12:03 PM
dua_chzy replied at 2-11-2022 12:01 PM
Dulu pun mereka berhenti menyanyi gara2 peminat2 mati kena pijak semasa konsert berlansung.

Kira x learn lesson laa ni…patut buat kat open space mcm padang ke kan
Quote Artemesiaa 2-11-2022 12:06 PM
Nasib semua baik2 saja tak ada kejadina tak diingini berlaku
Quote totokreturn. 2-11-2022 12:07 PM
cobid omicron xbb say haiiiii
Quote dua_chzy 2-11-2022 12:11 PM
SalenaGomez replied at 2-11-2022 04:03 AM
Kira x learn lesson laa ni…patut buat kat open space mcm padang ke kan

Mungkin meka/penganjur pun tak sangka sampai camni sekali sambutan. Boleh la test buat konsert berbayar lepas ni tapi tu pun susah kot nak dapatkan semua members untuk perform sebab si Sakti @ Saktia Ari Seno tu memang dah pencenkan diri terus dari dunia hiburan lagha lepas kejadian peminat meka mati masa konsert tu. Aktif dengan dakwah ja dia sekarang jika aiol tak silap.
Quote imanjannah 2-11-2022 12:15 PM
manusia mmg x akan ambil pengajaran selagi x kena pada diri sendiri atau family

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.055250 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top