Awal bulan lepas, Indonesia kecoh dengan isu keganasan rumah tangga pasangan selebriti selepas Lesti Kejora dikhabarkan dimasukkan ke hospital akibat dipukul suami, Rizky Billar.
Walau bagaimanapun, isu berkenaan diselesaikan cara baik dan mereka bersependapat untuk memperbaiki hubungan suami isteri, malah Lesti yakin Rizky mampu menjadi bapa baik buat anaknya. Belum pun sebulan membuat keputusan untuk berbaik, Lesti dikhabarkan sedang hamil anak kedua. Peguam mewakili penyanyi dangdut iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut dan hanya tersenyum sewaktu ditanyakan sama ada benar ataupun tidak khabar angin itu.
Dalam masa sama, Sandy menegaskan bahawa masalah rumah tanggan pasangan tersebut telah selesai dan masing-masing dalam keadaan baik. Sekadar info, Lesti dilihat menemani Rizky bermain bola dan difahamkan, pasangan itu dalam fasa untuk memperbaiki hubungan mereka. Sumber: BeautifulNara |
ADVERTISEMENT