CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Meninggal Dunia Sewaktu Tragedi Sambutan Halloween Di Itaewon

31-10-2022 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2135| Komen: 13

Description: Pelakon dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.Agensi pelakon berken ...
Pelakon dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.


Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden berkenaan seperti dilaporkan Soompi.


Detik Sumsel

"Kami juga berharap perkata ini tidak benar dan kami sangat terkejut mendengar khabar itu.

"Keluarga mendiang sedang dalam kesedihan. Semoga mendiang berehat dengan tenang," katanya.

Dalam pada itu, berita kematian aktor berkenaan diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial masing-masing.

"Ji Han telah meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa.

"Kami meminta anda untuk mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya," tulis mereka.

Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin, manakala majlis pengebumian akan berlangsung pada 1 November 2022.

Untuk rekod, seramai 151 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon.


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-11-2022 12:47 PM
Adakah magsa yg mati tu adalah 'korban' utk Halloween itu?
Quote buapakperut 2-11-2022 09:23 AM
KamikuP: Adakah magsa yg mati tu adalah ...

Boleh buat movie horror ni
Quote Tinot7 2-11-2022 11:45 AM
Takziah kpd kuarga..
Quote dua_chzy 2-11-2022 11:49 AM
Yang penting bukan Won Bin.
Quote dua_chzy 2-11-2022 11:50 AM
KamikuP replied at 1-11-2022 04:47 AM
Adakah magsa yg mati tu adalah 'korban' utk Halloween itu?

@blastoff kata korban myocarditis beksin.
Quote cmf_PariS 2-11-2022 11:53 AM
dua_chzy replied at 2-11-2022 11:50 AM
@blastoff kata korban myocarditis beksin.

aku agreelah.. sblm ni tade pun sampai mcm ni sekali walau kene himpit
Quote dua_chzy 2-11-2022 11:59 AM
cmf_PariS replied at 2-11-2022 03:53 AM
aku agreelah.. sblm ni tade pun sampai mcm ni sekali walau kene himpit

Aku tak terfikir lansung iya sampailah baca komen si Belast tu. Terus terfikir ntah2 yang kat stadium Ndon pun sama. Tapi yang kat Ndon stampede kan so probably bukan lor.
Quote Artemesiaa 2-11-2022 12:03 PM
Bukan dia sorang je ada tiga lagi artis yang turut terkorban sama.  Dah kecoh ada yang nampak punca provokasi hingga tercetusnya kejadian dari cctv dan lapuran mangsa yang ada masa kejadian.  Pasti lapuran rasmi akan keluar tak lama lagi.
Quote totokreturn. 2-11-2022 12:04 PM
Artemesiaa replied at 2-11-2022 12:03 PM
Bukan dia sorang je ada tiga lagi artis yang turut terkorban sama.  Dah kecoh ada yang nampak punca  ...

artis mana lagi?
Quote ifanonline 2-11-2022 12:04 PM
ada hantu lee ji han tak?
Quote Artemesiaa 2-11-2022 12:08 PM

Artis Korea juga dua perempuan satu lagi lelaki model katanya
Quote totokreturn. 2-11-2022 12:10 PM
Artemesiaa replied at 2-11-2022 12:08 PM
Artis Korea juga dua perempuan satu lagi lelaki model katanya

tak glamour kot, sebab tak masuk news
Quote Artemesiaa 2-11-2022 12:18 PM
totokreturn. replied at 2-11-2022 12:10 PM
tak glamour kot, sebab tak masuk news

Tak ada latest drama tapi masih dikenali disana.  Yang satu tu kecoh sebab dia sendang shooting drama baru juga artis programme realiti lagi.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060371 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top