Baru-baru ini Adam Shahz mencetuskan ketegangan selepas memuat naik beberapa posting di Tiktok Stories. Daia menceritakan kisah penceraiannya dengan menyatakan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada isteri dan dia memberi nafkah setiap bulan kepada anak-anaknya.
“Kami bercerai. Isteri dapat hak jagaan anak penuh kerana anak kami 2 orang berumur 5 tahun dan 3 tahun. “Saya membayar nafkah anak bulanan seperti mahkamah arahkan dan saya dapat hak lawatan. Isteri tidak bekerja pada masa itu. “Saya tidak mau campur urusan peribadi isteri saya ada pasangan baru atau hidup barunya asalkan dia dapat menjaga anak-anak dengan baik. Dia ada hak untuk hidup bahagia cara dia.”
Tambahnya, “Satu hari kawan saya menunjukkan pada saya gambar-gambar s*ksi ibu pada anak-anak saya dengan lelaki lain di pub di media sosial. Saya sudah disekat (block). Saya risaukan anak-anak saya. Saya jumpa angkol (pakcik). Angkol suruh saya sediakan semua bukti dan bawa ke mahkamah untuk saya menuntut hadhanah." Posting tersebut telah menyebabkan bekas isterinya, Fatin Afeefa bengang! “Elok la post gini buat orang fitnah ya Adam Shahz. Mahkamah arahkan mende, 4 tahun satu sen tak bagi nafkah, lepas aku viralkan baru bagi. “Dah elok aku tak cari pasal, nak cari gaduh, elok… Im done being nice with you. I mean it this time." Tambahnya, "Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun. Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah. Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife." Di ruangan komen ada juga mempersoalkan kepada Adam Shahz mengenai anak kerana sebelum ini dia menyatakan anak kandungnya hanya seorang tetapi dalam postingnya sebelum ini mengakui mempunyai dua orang anak. Untuk info, Fatin Afeefa telah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2017. -CARI
|
Kaktusmati replied at 28-10-2022 11:42 AM
oh so diorang mengaku la anak mereka 2 org. sebab awal2 dulu si patin ni kata the boy tu anak angka ...
ADVERTISEMENT