Turunkan berat badan 8 kilogram dalam tempoh sebulan adalah sesuatu yang luar biasa tapi tak mustahil. Kejayaan membanggakan itu dikongsi sendiri oleh penyanyi Yazmin Aziz atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21. Menerusi perkongsian di TikTok, Yazmin berkongsi rahsia tampil langsing dalam masa singkat dan salah satu cara yang dilakukan adalah tidak mengambil sarapan pagi. Menurutnya, perkara paling penting yang dilakukannya adalah tidak mengambil minuman bergula dan berkabonat dalam mengekalkan dietnya.
" Memandangkan ramai yang nak tahu macam mana saya boleh turun 8 kg dalam tempoh masa kurang dari sebulan, jadi saya akan kongsikan rahsia. " Sebelum itu, semua tips yang saya kongsi, itu yang saya buat. Kalau korang rasa tidak sesuai, bad ideas, it;s okay. " Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas... hanya minum air kosong. " Kedua, saya tak ambil sarapan. Hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur dan saya langsung tidak makan nasi." katanya. Selain melakukan diet diatas, bintang Big Stage 2022 itu turut menjelaskan, dia tidak pernah ketinggalan untuk melakukan sesi senaman "workout" setiap hari. " Akhir sekali, pergi gim atau buat "home workout". Saya akan pastikan setiap hari pergi gim. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus," pesannya. Jadi kepada korang yang inginkan body cantik menawan macam Yazmin bolehlah amalkan tips yang diberikan. Apapun, paling penting kena disiplin! - CARI |
dudaberhias: betul la tips2 dia tu... memang berkesan hokkeh... cumanya tu la kurus2 pun muka tetap la the kesultanan sulu jajahan mukim yindu majapahit sulawesi.. ...
seripahzeripah replied at 28-10-2022 10:49 AM
Like biar betul 8kg sebulan..bukankah itu tidak normal sebenarnya???
MengkuduMasam replied at 28-10-2022 11:19 AM
blh je... aku penah turun 12kg sebulan... 2 kali.... jaman bujang skali.. mase awal PKP tu skali
1 ...
KamikuP replied at 28-10-2022 10:14 AM
Meolls kalau x mkn nasi badan masuk angin gerd. Ada tips tak tak mkn nasi ganti apa abamduda?
...
ADVERTISEMENT