CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melia Aimelia Rayu Tawaran Berlakon, "Saya Tengah Susah, Jaga Ayah Sakit, Hidup Dengan Bantuan Baitumal"

27-10-2022 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6653| Komen: 34

Description: Tiad pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan daripada badan kebajikan, pelakon Melia Aimelia berharap kembali menerima tawaran lakonan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.
Tiad pendapatan tetap dan hanya berharap bantuan daripada badan kebajikan, pelakon Melia Aimelia berharap kembali menerima tawaran lakonan bagi menyara kehidupannya sekeluarga.


Melia atau nama sebenarnya Noor Amelia Zaidi, 28, berkata, keputusan memperlahankan karier seni pada tahun 2012 kerana menjaga bapanya yang sakit menyebabkan ramai menyangka dia sudah mengundurkan diri daripada industri lakonan.

"Selepas tahun itu saya ada menerima tawaran tapi terpaksa tolak sebab keadaan ayah yang tidak sihat dan semakin teruk pada tahun 2020.

"Ayah terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali, sebabkan nak jaga ayah, saya ambil keputusan untuk tinggal di rumah sahaja dan tidak menerima tawaran berlakon.

"Sejak itulah ramai menyangka saya terus mengilangkan diri, ada juga yang masih ingat dan bertanya keadaan saya," katanya.



Foto: mStar

Melia berkongsi mengenai kehidupan terkininya itu semasa menerima kunjungan mStar di kediamannya terletak di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Gara-gara tiada sumber pendapatan, Melia berkata dia kini bergantung bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ihsan orang ramai.

Enggan lagi terus meminta-minta, pelakon yang pernah membintangi filem Karipap Karipap Cinta ini berharap ada pihak sudi menawarkan peluang berlakon agar dia boleh menyara keluarga.

"Saya tidak mempunyai sumber pendapatan pada saat ini kerana tidak bekerja dan hanya mengharapkan sumbangan daripada ihsan orang ramai dan pihak Baitumal.

"Kalau ada rezeki saya dalam industri seni ini Insya Allah... jika tiada, tak apa mungkin belum rezeki saya!

"Cumanya untuk sekarang ini memang keutamaan saya adalah bidang lakonan sebagai sumber pendapatan yang tetap," ujarnya.




Dalam pada itu, Melia memberitahu tujuannya berkongsi mengenai kesempitan hidupnya kerana enggan dipandang serong oleh masyarakat kononnya dia hanya menagih simpati dan bantuan semata-mata.

Malah, dia berharap liputan mengenai kehidupan terkininya ini sedikit sebanyak membuka kembali ruang untuknya menerima tawaran lakonan.

"Mungkin ada sesetengah pihak berfikir saya ada masalah attitude sebab selalu tolak tawaran lakonan tapi sebenarnya saya yang dah tak tahu rentak industri sekarang ini.

"Sekurang-kurangnya apabila keluar berita mengenai saya ini dapatkan membantu menguar-uarkan kepada produksi dan orang ramai mengenai keberadaan saya.

"Saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan demi menyara kehidupan keluarga," katanya.

Untuk rekod, bapa Melia yang dikenali sebagai Zaidi disahkan menghidap kanser dan jangkitan itu merebak di beberapa bahagian organ lain termasuklah paru-paru dan selaput otak.

Tahap kesihatan bapanya itu semakin merosot sejak tahun 2020 dan masih dalam pemantauan doktor.

Kini, Melia tinggal bersama ibu bapanya serta seorang adik di pangsapuri program perumahan rakyat (PPR). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 27-10-2022 09:37 PM
Tak kenal… tapi lawa yach gambar yg org lain ambik tkde filter bagai . Tembam2 gitu…  Licin je kulit… bakat lakonan tak tahu kayu ke idok sbb tak pernah tengok berlakon…  
Quote dudaberhias 27-10-2022 09:51 PM
who are yussss.... tapi ambik je lah dia berlakonnn... sian tengok... watak2 pembantu pun cukup lah asalkan rezeki... dah itu je dia boleh buat.... takpun kaka sarankan jual2 kuih muih ke makanan... tapi tu la agak stress kalau buat sorang2... buat masa ni kemahiran berlakon tu paling mudah...
Quote Carcosa 27-10-2022 10:02 PM
Dekat FB teruk heshe di hentam.
Sebab mintak di offer jadik pelakon. Warga pesbuk suruh dia kerja beshe2, sebab dapat gaji bulan.
Quote nurul_akmar 27-10-2022 10:09 PM
Ko keje la bese2.. dpt la gaji
Quote sharlenetexas 27-10-2022 10:40 PM
Tahun 2012 umur dia 18.
Sejak bila dia berlakon?


Quote umbut 27-10-2022 10:40 PM
Edited by umbut at 27-10-2022 10:55 PM

Dia ni kan dulu viral video tut... pastu  nak hidup bermadu... lelaki pilihan bang kj
Pelakon karipap2 cinta ngan gambit
Cariler kerja lain, byk je kerja kosong
Quote bondeh 27-10-2022 11:13 PM
Lahhhh sian dia nih masa kisah gambar daring dia tuh menangis2 dia kat Melodi ke rancangan TV9 yg dah terkubur tuh. Katanya kesian ayah dia malu kat tempat kerja orang cerita2 pasal gambar dia. Rasanya salah satu sebab karier berkubur sebab kontroversi gambar lurah menggoda. 1 filem, flop terus gone.
Quote nakkomenjugak 27-10-2022 11:16 PM
noksssss
carik laaa kerja2 marhaennnn
asalkan tiap bulan ada gaji
muka cantik tak semestinya bertuah yachhhh
Quote doubleA 27-10-2022 11:32 PM
10 tahun tak berlakon memang frozen habis ni. Apapun dia nak kerja, semoga nek a.aida invite la sheols berlakon. Pernah ada kontroversi rupanya harap semakin matang la skg
Quote Thunderclouds 27-10-2022 11:43 PM
Carik keje beshe2 udahhh..janji ada fixed income. Job blakon ni ada pasang surut. Hujung2 ulang tagih bantuan jugek bila xdak job.
Quote irsa 27-10-2022 11:50 PM
Tak kenal. Belakon aje ke blh dpt duit? Kerja kedai mamak cuci pinggan, kerja cashier kat pasaraya, tukang sapu n byk lagi pekerjaan blh dibuat kot
Quote emera 27-10-2022 11:53 PM
Kat restoran2 merata2 carik pekerja. Kalu ko keje, ada fixed income.. ko pun tak malu sbb org tak kenal ko. Ni ko buat announcement mintak berlakon balik, hadap laa org korek cerita basi ko tu. Lagi tak aman hidup ko.
Quote kepompong 28-10-2022 01:13 AM
emera replied at 27-10-2022 11:53 PM
Kat restoran2 merata2 carik pekerja. Kalu ko keje, ada fixed income.. ko pun tak malu sbb org tak ke ...

i salah sorang yang rajin bukak thread lama sbb baca comment apesal lelaki pilihan KJ plaknye… terkejut yaw ada gambo cekci… habis kena bahan dlm thread tu… tapi dlm byk byk komen, kaka changa yg paling win… & gambar dulu2 muka kurus tapi badan bambam, gambar skrg ni muka dah tembam taktawlah badan camne… Muka macam lawa tapi kalau bambam sgt tu susah nek aida nak amek berlakon . ok nexttt
Quote elzy 28-10-2022 08:04 AM
Tak kenal tapi cantik dia ni.. Kerjaya selain pelakon pun ok kot..
Contoh kerja di butik or salon..
Quote makton 28-10-2022 08:07 AM
udah tahu hidup susah, takde tawaran belakon, kau tak reti cari keje lain?
Quote rain2169 28-10-2022 08:17 AM
sumpah tak kenal....
filem lakonan dia karipap karipap cinta pun tak pernah dengar....
ishhh ada ke filem tajuk tu? mcm lawak jeeee....
Quote Acikgomen 28-10-2022 08:18 AM
kepompong replied at 28-10-2022 01:13 AM
i salah sorang yang rajin bukak thread lama sbb baca comment apesal lelaki pilihan KJ plaknye… te ...

Napewww acik tak ingat
Bak sini link tered lama acik nak skodeng
Quote September14 28-10-2022 08:19 AM
Bila ko hidup susah tp keje nak glemer… dik g la keje promoter butik2 high end gaji kepuk2 jgk…
Quote kepompong 28-10-2022 08:28 AM
Acikgomen replied at 28-10-2022 08:18 AM
Napewww acik tak ingat
Bak sini link tered lama acik nak skodeng

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=635591&extra=&mobile=2

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.067977 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top