Sering kali dikaitkan dengan imej berani, namun kali ini penampilan sopan Emma Maembong ketika menghadiri majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Sweet Qismina dan Adam Lee mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram miliknya, Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 30, memperagakan busana kurung moden berona hitam yang disulami dengan songket berwarna kelabu. Busana yang direka Zamri Mat itu mendapat pujian ramai pengikut Emma termasuk rakan artis seperti Lufya, Natasha Elyzza dan Nelissa Nizam. Selain Emma, adiknya, Chacha Maembong yang berpakaian songket rona coklat keemasan turut dipuji ramai. Majlis resepsi Sweet dan Adam yang bertemakan songket turut meriah diraikan dengan rakan artis yang lain seperti Elfira Loy, Azira Shafinaz, Jasmine Suraya dan Hun Haqeem. Sumber: Media Hiburan
|
rayna_raynes replied at 26-10-2022 09:11 PM
Cantik tapi macam nak overshadow pengantin pulak
heythere123 replied at 26-10-2022 09:18 PM
tapi i rasa sebab timoh pakai warna hitam kot. Kalau warna macam Chacha tak menyerlah sangat
pocongkiutss replied at 26-10-2022 09:40 PM
Mata iols pulak nmpk mcm Chacha lg menyerlah
ina_na replied at 26-10-2022 09:43 PM
Dia org adik beradik ni kalo pakai sopan2 lawa benau..
ADVERTISEMENT