CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Amir, Elfaeza Ul Haq Akui Serabut Dengan Dunia Glamour

26-10-2022 08:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4885| Komen: 37

Perkongsian mengenai perjalanan kehidupan glamour bekas pelakon Diana Amir dan Elfaeza Ul Haq bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma menarik perhatian netizen.


Memuji perubahan yang dilakukan Diana dan Elfaezah, Ustazah Asma pada mulanya beranggapan mereka seronok menjalani kehidupan selebriti yang dilihat indah dan mengasyikkan.


TikTok

Bagaimanapun Diana dan Elfaeza dengan pantas menjawab dunia glamour itu tidak seindah seperti yang disangka namun minat kepada lakonan membuatkan mereka pernah berada di industri.

Malah, Elfaeza yang sebelum ini terkenal menerusi drama Adam & Hawa turut mengakui dia berasa tidak seronok apabila terpaksa bersiap hanya semata-mata untuk berada di acara hiburan atau temu bual di kaca TV.


“Minat hanya pada berlakon, benda lain tak suka langsung… benda itu tak pernah indah. Bagi saya, serabut bila pergi event tu kena bersiap tak best.

“Kena interview untuk TV pun tak best, gosip lagi tak best… Alhamdulillah, tak ada la gosip sangat. Yang kita suka buat tu adalah berlakon saja,” katanya.

Suka dengan respons yang diberikan, Ustazah Asma berkata ramai dalam kalangan generasi muda melihat dunia selebriti penuh dengan kemewahan dan kemasyhuran.

“Ujian nak masyhur ini menjadi amat dahsyat akhir zaman ini. Bila masing-masing buat apa saja untuk glamour. Jadi kamu berdua kata tak seronok, rupa-rupanya Allah jadikan orang Islam, muslim bila buat sesuatu bertentangan syariat, Allah tarik rasa seronok tu.

“Dia seronok macam luaran saja tapi hati tak tenang, rasa gelisah dan serabut,” ujar Ustazah.



Menurut bekas pelakon kelahiran Singapura itu, dia hanya berniat untuk mencari rezeki buat keluarga dengan memaksa diri melakukan kerja yang tidak disukai. 


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 26-10-2022 11:13 PM
ustazah kentut jugak jadi ustazah go-to korang ye..
Quote Lily_Elizabeth_ 26-10-2022 11:58 PM
Dulu bertindik merata. Dah elderly baru terpikir benda tu serabut. Mmmm.
Quote endihesh 27-10-2022 01:38 AM
tapi baru stalk ig elfaeza ni last 5days masih bertudung biasa dan tak berniqab.. so vtt ni baru lagi ke?
Quote dejure 27-10-2022 02:23 AM
endihesh replied at 27-10-2022 01:38 AM
tapi baru stalk ig elfaeza ni last 5days masih bertudung biasa dan tak berniqab.. so vtt ni baru lag ...

Klu dia kat sg tak mungkin dia berniqab..
Quote missyL 27-10-2022 05:50 AM
Terpaksa kene Google ul huq tu sbb xknl
Dah google pn xknl
Btw setazah ni suke beno menempel artis ye
Bile geng setad wat hal diam plk

Quote tuntasha 27-10-2022 06:06 AM
Lagi serabut tengok orang berniqab.
Quote endihesh 27-10-2022 07:05 AM
dejure replied at 27-10-2022 02:23 AM
Klu dia kat sg tak mungkin dia berniqab..

itula kan.. tgk ig dia pun mcm masih bersosial campur lelaki pompuan.. so time bila yg berniqab nampak mata je ni.. tapi bab tinggalkan dunia seni ni, mmg nampakla dia dah stop berlakon..
Quote Pak.dolla 27-10-2022 07:34 AM
Jgn terlalu memuji org dgn melihat pakaian yg dipakai...tak semua org bertutup litup tu tau agama...
Aku ni dah byk kali terkena dgn org² yg nmpk alim..kalau cerita panjang...bertahun pun x habis...
Quote TomyamPuteh 27-10-2022 07:36 AM
Yg serabut dia. Yg netizen bitter sgt kenapa?
Quote supernaturalee 27-10-2022 07:50 AM








Quote imanamsyar 27-10-2022 08:23 AM
hati ni hak milik mutlak Allah..jangan terlalu benci, Allah kalau nak balikkan hati ni sekejapan sahaja.. jgn jadi mcm wassini wassana, dulu kemain kutuk dunia retis, menyesal jadi retis lepas kawin ngan ustaz rambut lurus tu..alih2 lepas 10/11 tahun, hati dijentik rinsu nak kembali berlakon..

walaupun kamu berhijrah tu dah bagus, tapi jangan terlalu gah mendabik dada mengatakan benci..takut malu sendiri nanti

sekian, tazkirah..
Quote mawardia 27-10-2022 08:23 AM
Wah elfaeza tu dah bertudung yach? I ols tak tau. Lama i ol tinggalkan drama 7 ptg. Hahahaha
Quote KamikuP 27-10-2022 09:21 AM
Meolls mcm ada aura tak suka kat ustazah tu ntah knp.. mungkin sbb suka menempel kat artis dan diam tak berkutik bila geng dia ada isu kontroversi
Quote prince_marhaen 27-10-2022 09:30 AM
"...Ujian nak masyhur ini menjadi amat dahsyat akhir zaman ini. Bila masing-masing buat apa saja untuk glamour..."

Setazah takde cermin ke kat rumah? dalam kereta? bukan setazah nasi himpit retis ke? perencah isu-isu retis... isu-isu rakan 'seperjuangan' buat-buat biol je..
Quote chekacheku 27-10-2022 09:35 AM
Suka el faezah ni..ms blakon dulu pun xde gosip ape sgt..ramai je yg mmg minat berlakon n nk bekerja sbg pelakon tp tu la xleh lari dr pg event iv tv sgala mala..nt kna banned ngn wartawan
Quote SherryZass 27-10-2022 09:41 AM
Tak kenal siapakah gerangan faeza ni. Tapi kurang minat ngan setazah ni, nampak lebih kejor glamor ye
Quote heythere123 27-10-2022 09:49 AM
both ni i suka, sebab dua2 jenis buat hal masing2 even masa dorang aktif. Takde gigih nak create isu ke apa.

Tajah Semak tu memang i blacklist awal lagi, serabut nyah
Quote UsIsKita 27-10-2022 09:54 AM
Hidayah milik Allah.Alhamdulillah semoga kita semua menuju ke arah kebaikan dan diberi kekuatan untuk istiqamah.
Quote ayukpingu 27-10-2022 10:00 AM
kalau dah serabut, still gigih nak buat live sana sini. diam2 sudah

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069168 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top