CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lesap Lepas Pandu Uji Motor, Pemilik Kedai Minta Tolong Cari Sebab Risau Mungkin Kemalangan?

26-10-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1756| Komen: 15

Seorang lelaki lesap selepas pandu uji sebuah motosikal sekitar jam 9:30  di Tanjong Karang, Kuala Selangor.

Ini menyebabkan pemilik kedai berkenaan risau sekiranya apa-apa benda buruk terjadi.

Kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik kedai motosikal berkenaan dengan menyatakan bahawa pemuda tersebut masih belum kembali ke kedai dan memulangkan motosikal jenis Yamaha Y15 bernombor plat WC 8501H.



Difahamkan lelaki berkenaa meninggalkan kad pengenalannya di kedai tersebut menyebabkan pemilik kedai meminta orang ramai untuk menghubungi pihak mereka sekiranya ternampak lelaki tersebut di sekitar kawasan berdekatan.


Difahamkan pemuda itu juga merupakan penduduk di sekitar Tanjong Karang dan menyebabkan pemilik kedai risau kerana masih tiada khabar berita dari lelaki tersebut.



Lelaki Lesap Lepas Pandu Uji Motor, Pemilik Kedai Minta Tolong Cari Sebab Risau Mungkin Kemalanagan?


“Dia masih belum pulang dan pulangkan motorsikal tersebut, kami bimbang jika ada berlaku kemalangan. Kalau ada yang kenal adik tu, boleh hubungi dengan kami.”

Di bahagian komen, ramai juga yang mendapatkan kepastian terlebih dahulu mengenai kad pengenalan yang ditinggalkan kerana risau ianya merupakan kad yang palsu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-10-2022 06:31 PM
samada husnuzon melampau atau guna cara berhemah supaya ramai2 tolong cari orang bawak lari moto dia…
Quote kemaruk 26-10-2022 06:36 PM
nama cantik

muhammad eldin haqimi

ujung2 member panggil ma'ding jah
Quote rosedemon 27-10-2022 10:47 AM
bwak lari letteww
Quote Supersirap 27-10-2022 01:52 PM
Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku
Quote Nurul8001 27-10-2022 01:59 PM
Owner kedai ni cina ke? Bagus betul communication skill dia.
Quote Artemesiaa 27-10-2022 02:01 PM
Dah barai ler tu tak pun dah kena tolak murah2
Quote acikhan 27-10-2022 02:04 PM
Mahal nyer rege motor nie sbb aritu balik kg Ade adik sepupu baru angkat mator ysuku 15 nie loan 2 taun monthly rm5ratus +++ fuh kalah loan keta second...kalo bayar cash rm10k n kalo loan rm13@14k
Quote batmana 27-10-2022 03:26 PM
ysuku ni cm brgan apple dlm dunia motor
harga mahal, pdahal tkle tolak gerabak sawit pun, semput enjin

hobi org kaya.. hahaha
Quote tikusmontok 27-10-2022 03:59 PM
Husnuzon betul toke cina tu
Quote Hessa 27-10-2022 04:15 PM
acikhan replied at 27-10-2022 02:04 PM
Mahal nyer rege motor nie sbb aritu balik kg Ade adik sepupu baru angkat mator ysuku 15 nie loan 2 t ...

ye betul, motor zaman skrg mahal2, skuter contohnya..kita yg tak minat ni ckplah membazir lah itu ini, baik beli kereta walau kereta secondhand. harga dah lebih kurang harga kereta je. tp kalau yg mmg minat motor, kaki motor, apo nak dikato
Quote mayaHD 27-10-2022 04:19 PM
Edited by mayaHD at 27-10-2022 04:21 PM

plot twist dapat kat tokey moto budak tu bawak lari tau ler dia nk ajar sampai org ingat kemalangan jdi tokey x kena tuduh la sebab post dia nmpk baik atau eeeeerrrr dia memang bebetui baik haih banyak tengok movie aku neh
Quote sharlenetexas 27-10-2022 04:20 PM
Tauke nk pancing budak tu kot. Buat2 risau.


Quote arm_band 27-10-2022 06:31 PM
tikusmontok replied at 27-10-2022 03:59 PM
Husnuzon betul toke cina tu

husnuzon satu hal, ayat pun berhemah berlapik. hebat PR skill tokey
Quote Skuau 27-10-2022 06:33 PM
kalo dia tggl IC kt kedai....bodoh la dia..KALAU  nk bawa lari motor tu...
Quote insulin 27-10-2022 06:34 PM
Jangan2 IC palsu. Maklumlah situ banyak genetik seberang. Entah2 motor tu dah ada dekat Indon sekarang ni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046336 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top