Seorang lelaki lesap selepas pandu uji sebuah motosikal sekitar jam 9:30 di Tanjong Karang, Kuala Selangor.
Ini menyebabkan pemilik kedai berkenaan risau sekiranya apa-apa benda buruk terjadi.
Kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik kedai motosikal berkenaan dengan menyatakan bahawa pemuda tersebut masih belum kembali ke kedai dan memulangkan motosikal jenis Yamaha Y15 bernombor plat WC 8501H.
Difahamkan lelaki berkenaa meninggalkan kad pengenalannya di kedai tersebut menyebabkan pemilik kedai meminta orang ramai untuk menghubungi pihak mereka sekiranya ternampak lelaki tersebut di sekitar kawasan berdekatan.
Difahamkan pemuda itu juga merupakan penduduk di sekitar Tanjong Karang dan menyebabkan pemilik kedai risau kerana masih tiada khabar berita dari lelaki tersebut.
Lelaki Lesap Lepas Pandu Uji Motor, Pemilik Kedai Minta Tolong Cari Sebab Risau Mungkin Kemalanagan?
“Dia masih belum pulang dan pulangkan motorsikal tersebut, kami bimbang jika ada berlaku kemalangan. Kalau ada yang kenal adik tu, boleh hubungi dengan kami.”
Di bahagian komen, ramai juga yang mendapatkan kepastian terlebih dahulu mengenai kad pengenalan yang ditinggalkan kerana risau ianya merupakan kad yang palsu. -CARI |