Seorang pengguna Twitter memuat naik rakaman seorang wanita yang membiarkan sahaja seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di hadapan kedai.
Video yang berdurasi 12 saat itu memaparkan yang kanak-kanak tersebut membuka seluar dan membuang air kecil secara berdiri di longkang hadapan kedai "Customer always right," tulisnya sebagai kapsyen namun video tersebut sudah dipadamkan. Pengguna Twitter dikenali seba @yasminnadhiraaa itu mendakwa kejadian tersebut berlaku di hadapan Watson Taman Daya.
Malah ada juga netizen yang dapat meneka lokasi tersebut melihat daripada sekeliling Sementara itu ada yang berpendapat mungkin mereka bukan orang tempatan dan ramai meneka dari negara China? Mereka berpendapat apa yang dilakukan oleh wanita tersebut dengan membiarkan sahaja kanak-kanak berkenaan membuang air di kawasan umum sangat keterlaluan kerana mencemarkan persekitaran serta merosakkan kebersihan yang pasti sangat dijaga sebelum ini. "Otak letak dekat mana entah" "Dah macam kucing tanda kawasan" "Dah 2022 pun masih ada yang perangai macam ni" "Kalau dah tak tahan pun, cari la tempat yang sesuai"-CARI
|
imransulaiman replied at 26-10-2022 05:54 AM
Taman Daya tu kat mana?
kemaruk: pemandangan biasa di tanah bes ...
ADVERTISEMENT