Sejak kebelakangan ini, selebriti media sosial, Caprice dilihat sering menggunakan platform media sosial miliknya untuk berbincang perihal isu atau salah laku individu lain.
Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak senang melihat apa yang cuba diperjuangkan oleh penyanyi itu. Sering menjadi sorotan netizen, kali ini, Caprice turut menarik perhatian seorang kaunselor di platform TikTok. Menerusi akaun TikTok @crhjmokhtar, kaunselor berkenaan menegur sikap Caprice yang suka mencari kesalahan orang lain.
Kata kaunselor berkenaan, perbuatan menghebahkan aib orang adalah satu hal yang tidak baik dan tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW. “Masya-Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah. “Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah,” katanya. Dalam pada itu, kaunselor berkenaan menambah, jika apa yang diviralkan oleh Caprice merupakan perkara yang tidak betul, ia boleh menimbulkan fitnah dan seterusnya boleh menjadi dosa. “Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia. Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati.” katanya. Sumber: Gempak
|
opie5662 replied at 21-10-2022 10:56 PM
Kang caprice bongok tu kate itu bukan aib.. Itu jenayah...otak die dah sewel.. Bkn boleh nk pikir
asfaz replied at 21-10-2022 11:47 PM
Purplehaz replied at 21-10-2022 11:10 PM
Tadi kat mhi pun ada bring up hal ni..mcm menyindir kapris jer.
Kapris ni more tu nak upkan diri se ...
matjerk replied at 22-10-2022 12:08 AM
Jap kenapa dia suka tanya sesapa yg kenal bla bla bla... tlg hubungi dia... bukan ke dia ada team? ...
immaryjane replied at 21-10-2022 11:42 PM
Iols risau nti ble kes tumbuk lesong tu, si senget ni berbnyi, org dh tk percaya dh. Nth2 netizen ...
matjerk replied at 22-10-2022 12:10 AM
Aku pun dok terpikir.. sape lah yg dok dm dm dia mintak pendapat tu? Rupa2 nya mmg ada erkkkkkkk?? ...
opie5662 replied at 22-10-2022 03:06 AM
Sebab tu tak payah byk bunyi... Kes tu ngan pu man tu sebenarnye FW yg bongkar... Senyap2 je die b ...
opie5662 replied at 22-10-2022 03:07 AM
Masalahnye, apa yg die tolong kalau mangsa mengadu kat die. Report polis pon x buat.. Dok menyalak ...
Acikgomen replied at 22-10-2022 12:13 AM
Tah2 team dia cuma bini gelek tiktok dgn anak tiri tu je lah
noell replied at 22-10-2022 01:21 PM
hg cakap baik2 acik kang dia singkap aib2 hg haaaa jenuh hg kena gossip dlm porem cari neh
...
ADVERTISEMENT