Pasangan selebriti adik beradik, Oktovia Manrose dan Aprena Manrose yang mula berhijab sejak ramadan tahun lalu telah mengejutkan peminat malah turut menerima pujian ramai. Bercerita mengenai perubahan mereka ke arah lebih baik melalui satu hantaran di Instagramnya, Oktavia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman mengaitkan bapa mereka iaitu penyanyi dangdut terkenal, Iwan sebagai asbab dia mendapat hidayah. “Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.
Sekadar info, Oktavia pernah berkahwin dengan Mohad Izat Abd. Rahman pada 2011 kemudian bercerai pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.
|
akido_kido replied at 20-10-2022 04:27 AM
Minat aprena berlakon dulu2..sekarang macam tak nampak pulak dia berlakon ke dah stop
xtahumenahu replied at 20-10-2022 12:40 AM
dia ni bagi aku ada sexy look..
moga istiqamah jua
ADVERTISEMENT