CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 7

Oktovia Manrose Panjat Kesyukuran, Berkat Doa Bapa Asbab Dapat Hidayah

[Copy link]
Post time 20-10-2022 04:11 AM | Show all posts |Read mode








Pasangan selebriti adik beradik, Oktovia Manrose dan Aprena Manrose yang mula berhijab sejak ramadan tahun lalu telah mengejutkan peminat malah turut menerima pujian ramai.


Bercerita mengenai perubahan mereka ke arah lebih baik melalui satu hantaran di Instagramnya, Oktavia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman mengaitkan bapa mereka iaitu penyanyi dangdut terkenal, Iwan sebagai asbab dia mendapat hidayah.


“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.


  



“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” katanya.


Pelakon berusia 31 tahun itu turut berkata, dia kini semakin faham tentang tujuan hidupnya dan berasa rugi jika terus mensia-siakannya.


“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.”


Oktavia turut akui, sejak setahun memakai hijab, satu persatu perubahan dapat dirasai dalam diri dan percaya bahawa itu semua usaha yang ikhlas dari doa seorang bapa, Iwan Syahman.


Di akhir perkongsiannya itu, dia berdoa agar keluarganya terus diberi kekuatan untuk  istiqamah dan mendapat pengakhiran yang khusnul khatimah.



Sekadar info, Oktavia pernah berkahwin dengan Mohad Izat Abd. Rahman pada 2011 kemudian bercerai pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.


  



Pada 21 Disember tahun lalu, Oktavia menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal apabila bernikah buat kali kedua dengan bekas pemain bola sepak Felda United, Mohammad Khairul Efsan Mdisa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Minat aprena berlakon dulu2..sekarang macam tak nampak pulak dia berlakon ke dah stop
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
akido_kido replied at 20-10-2022 04:27 AM
Minat aprena berlakon dulu2..sekarang macam tak nampak pulak dia berlakon ke dah stop

Ada dia berlakon lepas berhijab tapi x banyak dah muncul kat kaca tv
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kekal istiqamah. Amin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 08:40 AM | Show all posts
dia ni bagi aku ada sexy look..
moga istiqamah jua
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyook I tak tau pun they ols dah bertudung.
Semoga istiqomah sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iwan dangdut maintain handsome walau Sudah berumur..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 09:10 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 20-10-2022 12:40 AM
dia ni bagi aku ada sexy look..
moga istiqamah jua

Kan...aku pun suka tengok die..sexy..walaupun die tak pakai seksi time tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.398883 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list