Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Nabila Huda menjadi perbualan hangat netizen ekoran tindakannya mentertawakan resepi nasi goreng yang disediakan seorang pengguna di aplikasi TikTok.
Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, 37, menjelaskan dia tidak berniat untuk mengutuk masakan tersebut, namun lebih tertarik dengan tajuk yang ditulis wanita berkenaan. "Saya tidak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan awak. Yang buat saya ketawakan adalah awak mengggunakan tajuk nasi goreng viral Nabila Huda untuk posting awak tapi tidak ikut resepi yang saya tunjukkan. "Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecil hati. Tapi saya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatif masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing," katanya.
Nabila menjelaskan mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Sebelum ini, menerusi Instastory Nabila memuat naik video dia dan suami ketawa menonton masakkan seorang wanita. Gara-gara video itu, ramai yang kurang senang dengan cara Nabila yang dilihat seakan-akan merendah-rendahkan cara orang lain memasak. Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan bahawa isu yang berlaku ini merupakan perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Dia juga meminta pengguna TikTok berkenaan agar menghubunginya secara peribadi jika ada perkara membuatkan individu itu tidak berpuas hati. "Isu yang diviralkan ini sangatlah remeh untuk saya layan, tapi memandangkan makin serius saya terpaksalah ke depan suapaya masing-masing boleh kembali tenang. "Kepada adik yang post benda rekod dari Instastory saya ini, saya rasa awak boleh DM saya, bagitahu apa yang awak marah dan tidak puas hati dengan post saya. "Tidak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas untuk awak hilangkan kemarahan awak," katanya lagi. Sementara itu, Abil juga memaklumkan bahawa dia tidak terkesan dengan segala kritikan. Dia bagaimanapun menasihati individu berkenaan supaya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyelesaikan masalah.
|
kucing_gebu replied at 16-10-2022 06:47 PM
Aku dr dulu xminat dia walaupun ramai kata dia berlakon bagus. Bila ada dia je confirm aku tukar cha ...
she: Sebab tu lah pendidikan awal d ...
ADVERTISEMENT