View: 7425|Reply: 61
|
Nabila Huda Dikecam Caci Resepi Nasi Goreng Netizen
[Copy link]
|
|
Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon Nabila Huda menjadi perbualan hangat netizen ekoran tindakannya mentertawakan resepi nasi goreng yang disediakan seorang pengguna di aplikasi TikTok.
Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, 37, menjelaskan dia tidak berniat untuk mengutuk masakan tersebut, namun lebih tertarik dengan tajuk yang ditulis wanita berkenaan.
Foto: IG
"Saya tidak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan awak. Yang buat saya ketawakan adalah awak mengggunakan tajuk nasi goreng viral Nabila Huda untuk posting awak tapi tidak ikut resepi yang saya tunjukkan.
"Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecil hati. Tapi saya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatif masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing," katanya.
Nabila menjelaskan mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Sebelum ini, menerusi Instastory Nabila memuat naik video dia dan suami ketawa menonton masakkan seorang wanita.
Gara-gara video itu, ramai yang kurang senang dengan cara Nabila yang dilihat seakan-akan merendah-rendahkan cara orang lain memasak.
Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan bahawa isu yang berlaku ini merupakan perkara kecil dan tidak perlu diperbesarkan.
Dia juga meminta pengguna TikTok berkenaan agar menghubunginya secara peribadi jika ada perkara membuatkan individu itu tidak berpuas hati.
"Isu yang diviralkan ini sangatlah remeh untuk saya layan, tapi memandangkan makin serius saya terpaksalah ke depan suapaya masing-masing boleh kembali tenang.
"Kepada adik yang post benda rekod dari Instastory saya ini, saya rasa awak boleh DM saya, bagitahu apa yang awak marah dan tidak puas hati dengan post saya.
"Tidak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas untuk awak hilangkan kemarahan awak," katanya lagi.
Sementara itu, Abil juga memaklumkan bahawa dia tidak terkesan dengan segala kritikan.
Dia bagaimanapun menasihati individu berkenaan supaya tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk menyelesaikan masalah.
"Saya bukan post ini sebab saya tak kuat kena kecam. Saya okey saja mana-mana. Saya cuma nak terangkan supaya awak faham ada banyak cara untuk selesaikan masalah dalam hidup. Bukan di media sosial.
"Apa pun, terima kasih sebab sebab awak berjaya influence orang mengutuk dan memburukkan saya," tambahnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Fly_over at 17-10-2022 06:21 AM
tgk masakkan org pastu ketawa tbahak2 mbahan. cm bangang zis.. kalau uols boleh tgk igs tu mesti sakit hati tgk deyols gelak |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia punya warong pun kena bad review ada hati gelakkan masakkan org. pui pui puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham kenapa jadi bahan berita? Penting ke hal ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab artis so jadi bahan, jika tidak takda sapa peduli pun |
|
|
|
|
|
|
|
Time dia je, perkara kecil... perkara kecil. Aptb. |
|
|
|
|
|
|
|
Den cuma nak tulis, den dah xnampak langsung ciri2 cantik Manis dlm Diri die ni..kepam jua spt Kita2 juga..atau mgkin lebih LG Dr forummers.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_gebu replied at 16-10-2022 06:47 PM
Aku dr dulu xminat dia walaupun ramai kata dia berlakon bagus. Bila ada dia je confirm aku tukar cha ...
Same lah.. aku pon x minat lakonan dia walaupon ramai puji.. dah la suka sound2 pelakon baru mcm kan die x pernah kaku berlakon.. dulu masa die berlakon ngan elyana pon kaku juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan budak tu dah dm dia tapi dia balas dengan post tt?
So dah mintak maaf ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu lah pendidikan awal di sekolah sangat penting
Tak kira lah sekolah rendah menengah kerajaan swasta antarabangsa
Bila orang tak sekolah bercakap
Jadi artis pun sebab nama bapak
Berasa OG
Cakap tak kesah tapi sebenarnya kalau tak kesah
Takkan hamak nak post kat sosmed sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Abil ni Form 4 pun tak pegi wey, yang korang pi pay attention to dumbasses cenggini dah kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Xde pun org letak nama nasi goreng nama dia
Perasaannyeeee, sebenarnya orang search nama je sbb ngko kecam org yg buat nasi goreng tu |
|
|
|
|
|
|
|
she: Sebab tu lah pendidikan awal d ...
Kannnn
Nampak sgt tak sekolahnya tu..
Lagi teruk dari budak kelas belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols teringat yg dia hina panggilan bossku . Dia ckp kg.com masa tu lps tu dia acah2 victim pula lps ramai org sabah marah dia |
|
|
|
|
|
|
|
artis mana ada yang bijak . |
|
|
|
|
|
|
|
dahh serupa orang utan rupa ko lagi nak gelakkan masakan org lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|