CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Penyokong Liga Kampung Hulu Terengganu Bergaduh

16-10-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 914| Komen: 5

Description: Pagar padang bola sepak rosak manakala cermin kedai makan berhampiran padang turut pecah dalam insiden pergaduhan membabitkan hampir 30 penyokong selepas tamat perlawanan Liga Kampung di daerah Hulu T ...
Pagar padang bola sepak rosak manakala cermin kedai makan berhampiran padang turut pecah dalam insiden pergaduhan membabitkan hampir 30 penyokong selepas tamat perlawanan Liga Kampung di daerah Hulu Terengganu, pada petang Sabtu.


Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Mohd Adli Mat Daud, provokasi antara penyokong kedua-dua belah pasukan berlaku selepas perlawanan tamat di luar kawasan padang.


Provokasi antara penyokong kedua-dua belah pasukan berlaku selepas perlawanan tamat di luar kawasan padang. - Foto video tular

Susulan itu kira-kira jam 6.55 petang Sabtu, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan meleraikan kekecohan.


Siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat daripada kejadian yang berlaku.

Tambah Mohd Adli, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku melibatkan kedua-dua belah pihak.

Sebelum itu telah berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua buah kampung di daerah Hulu Terengganu yang berkesudahan dengan Kampung Matang FC menang dengan jaringan 1-0 menentang Bima FC.

Mengulas lanjut Mohd Adli berkata lagi pihaknya juga sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak yang terlibat ke IPD Hulu Terengganu untuk menjalankan siasatan berkaitan kejadian.

Sehigga kini, tiada laporan dibuat dan polis masih belum membuat sebarang tangkapan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 16-10-2022 12:28 PM
Liga kampong aje kott.
Quote marlow 16-10-2022 12:51 PM
Hanya kerana sebiji bola
Quote mojarean_X 16-10-2022 12:58 PM
airfilterkotor replied at 16-10-2022 12:28 PM
Liga kampong aje kott.

Itu je kot pencapaian yg mereka banggakan
Quote I.K.A888990 16-10-2022 01:54 PM
bola je kot. nak kena samapai ada yg mati ke baru puas hati bab2 ni. over sgt
Quote ketambangkang 17-10-2022 09:17 AM
ingat kat indon je mcm ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.042817 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top