Aktivis alam sekitar yang melemparkan tin sup pada lukisan Vincent van Gogh 'Sunflowers' pada Sabtu, muncul di mahkamah London atas tuduhan ganti rugi jenayah, lapor media tempatan.
Kedua-dua aktivis wanita itu yang memprotes sebagai sebahagian daripada kempen Just Stop Oil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Westminster semasa dua perbicaraan ringkas. Selepas melempar dua tin sup tomato ke atas lukisan minyak Van Gogh pada Jumaat, penunjuk perasaan juga 'melekat' pada dinding galeri sebagai tanda protes. Mereka kemudiannya ditahan, menurut Polis Metropolitan London.
Jurucakap Galeri Nasional London mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada lukisan itu, yang merupakan salah satu versi ikonik 'Sunflower' yang dilukis oleh Van Gogh pada akhir 1880-an. Ia mempunyai anggaran nilai $80.99 juta (RM380.8 juta). "Terdapat sedikit kerosakan kecil pada bingkai tetapi lukisan itu tidak terjejas," kata jurucakap itu. - CARI Sumber: mStar/CNBC
|
ADVERTISEMENT