View: 932|Reply: 7
|
Penunjuk Perasaan Simbah Sup Pada Lukisan Vincent Van Gogh Bernilai RM380 Juta
[Copy link]
|
|
Aktivis alam sekitar yang melemparkan tin sup pada lukisan Vincent van Gogh 'Sunflowers' pada Sabtu, muncul di mahkamah London atas tuduhan ganti rugi jenayah, lapor media tempatan.
Kedua-dua aktivis wanita itu yang memprotes sebagai sebahagian daripada kempen Just Stop Oil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Westminster semasa dua perbicaraan ringkas.
Selepas melempar dua tin sup tomato ke atas lukisan minyak Van Gogh pada Jumaat, penunjuk perasaan juga 'melekat' pada dinding galeri sebagai tanda protes.
Foto: CNBC
Mereka kemudiannya ditahan, menurut Polis Metropolitan London.
Jurucakap Galeri Nasional London mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada lukisan itu, yang merupakan salah satu versi ikonik 'Sunflower' yang dilukis oleh Van Gogh pada akhir 1880-an.
Ia mempunyai anggaran nilai $80.99 juta (RM380.8 juta).
"Terdapat sedikit kerosakan kecil pada bingkai tetapi lukisan itu tidak terjejas," kata jurucakap itu. - CARI
Sumber: mStar/CNBC |
|
|
|
|
|
|
|
dah knp eh cam onggila je penunjuk perasaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak stop oil pun tak payah la merempan dekat lukisan yang dah beratus tahun tu dekkk. lukisan tu tak bersalah punn. cetek pemikiran chuols dek |
|
|
|
|
|
|
|
Kerat telinga mcm van gogh la.
|
|
|
|
|
|
|
|
pebenda kempen just stop oil ni. malas meol nak google utk kempen tak penting begini. tolong suapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo sekor2 rupe. Apa kaitan lukisan vg dgn alam sekitar yg deyols fight tu |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni gi bom stonehenge pulak, alang2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyimbah sup adalah satu pembaziran
Harap pejuang food security sekeh kepala budak2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|