Kuala Lumpur: Dua individu patah kaki, manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka jatuh dari tingkat lapan dalam kejadian di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, di sini, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam. "Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam tadi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. "Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan. "Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
CiliPadiSedap replied at 15-10-2022 05:52 PM
oh yang ni dangerous. harap setiap lif ada button handbrake kalau jatuh mengejut ada safety handbrak ...

green~tea replied at 16-10-2022 11:10 AM
Ni sebenarnya 2nd teruk kot.. few years ago.. lift dekat Tower 3 petronas yang ada restaurant at l ...
edayildiz replied at 16-10-2022 11:05 AM
i ingat benda gini takkan jd..mayb kalau jd pun lift buruk kt bgunan kerajaan mcm kt poum tu..sera ...
ADVERTISEMENT