CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 14

Dua Patah Kaki, Lif Kondo Terhemas Dari Tingkat Lapan

[Copy link]
Post time 15-10-2022 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dua individu patah kaki, manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka jatuh dari tingkat lapan dalam kejadian di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, di sini, semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam.


Foto: Harian Metro




"Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam tadi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.


"Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.


"Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 05:52 PM | Show all posts
oh yang ni dangerous. harap setiap lif ada button handbrake kalau jatuh mengejut ada safety handbrake boleh lock lift daripada junam.

dah banyak kes dengar lif kt malaysia problem sangkut, tp berita ni paling dangerous kaki patah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 05:53 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-10-2022 05:52 PM
oh yang ni dangerous. harap setiap lif ada button handbrake kalau jatuh mengejut ada safety handbrak ...

in case of emergency, benda tu berfungsi tak?

kalau lif rosak, benda tu juga rosak tiada guna juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 07:14 PM | Show all posts
seramnye... setiap kali naik lift mnde gini la tkot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
In case berdepan case mcmni, apa kita patut buat ye semasa berada dalam lif tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mst yg dlm lif tu dh trauma nk naik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 10:57 AM | Show all posts
naik lif mmg slalu trbayang bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
serammm..smlm ttgk kt fb psl ni..pastu xbukak pun..tgk tajuk jer sbb masa tu nk turun p amek mknn kt bwh..nnti dh bc mau xnaik lift..jenuh turun tangga dr tingkat 20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-10-2022 05:52 PM
oh yang ni dangerous. harap setiap lif ada button handbrake kalau jatuh mengejut ada safety handbrak ...

i ingat benda gini takkan jd..mayb kalau jd pun lift buruk kt bgunan kerajaan mcm kt poum tu..seram giler..kalau kondo2 baru ingt tak jd..seram pulak..dh selalu dlm lift sorg2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg benci naik lift... sbb tu iols tak pernah duduk rumah jenis bertingkek2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-10-2022 05:52 PM
oh yang ni dangerous. harap setiap lif ada button handbrake kalau jatuh mengejut ada safety handbrak ...

Ni sebenarnya 2nd teruk kot.. few years ago.. lift dekat Tower 3 petronas yang ada restaurant at level 57 tu..  free fall 30 tingkat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:48 PM | Show all posts
green~tea replied at 16-10-2022 11:10 AM
Ni sebenarnya 2nd teruk kot.. few years ago.. lift dekat Tower 3 petronas yang ada restaurant at l ...

confirm sis rasa g spot ( gravity free fall)
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 01:58 PM | Show all posts
edayildiz replied at 16-10-2022 11:05 AM
i ingat benda gini takkan jd..mayb kalau jd pun lift buruk kt bgunan kerajaan mcm kt poum tu..sera ...

boleh kut. dulu muda2 kaka duduk rumah tingkat, bila naik lif memang selalu ada pagar dalam maintanance. should be dah maintanance selalu servis makin okey or takde gegar macam kopek vokuru lepas maintanance kadang2 semput jua tersekat sekat. dah jadi kebiasaan.

kadang2 fikir balik dah overdue lift tersebut. tiada bajet tukar lift baru.  kaka lebih suka JMB ni di lantik oleh orang gurkha biar yang tak bayar maintanance kena sidai kat pagar oleh askar ghurka. kalau semua bayar duit maintanance cepat atau lambat pasti ada bajet untuk upgrade facility.

ada satu taman keluar bajet buat palang tol guarded sistem. last2 orang taman langgar jua tol tersebut sebab ada tak nak bayar maintanance bulanan not only flat apartment ada perangai pariya rumah landed taman pun ada ahli yang culas bayar walhal masing2 warga emas cakap mengalahkan menteri, tapi bab payment culas. dh tua pun bodoh


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh saman ni…
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 06:22 PM | Show all posts
Kondo yeee bukan plet..bahaya doh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Konsert Siti-Judika bak 'hadir muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'hadir mukta
Views : 4941 Replies : 26
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 45949 Replies : 90
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 32531 Replies : 638
Aku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling popular 2024
maklukpenggodaAku Bukan Ustazah cetus fenomena, paling
Views : 8347 Replies : 2
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282418 Replies : 8326
Harga sawit lebih RM1,000 satu tan, peneroka tidak rambang mata
AbahmungHarga sawit lebih RM1,000 satu tan, pene
Views : 54541 Replies : 11
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55256 Replies : 4
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98590 Replies : 1015

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046080 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list