CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Di Klang! Wanita Dakwa Jurujual Nak Merompak Sebab Datang Rumah Tawar Alat Ganti Kepala Gas

15-10-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2016| Komen: 13

KLANG – Seorang jurujual alat ganti kepala gas tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan tular mahu memecah masuk ke dalam rumah dan cuba merompak di sekitar daerah ini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pukul 8.42 pagi semalam.

Kata beliau, pengadu menawarkan alat ganti kepala gas kepada seorang wanita di sebuah rumah di Sungai Udang pukul 2  petang kelmarin.


Foto: Kosmo

“Namun, gambar lelaki itu diambil pemilik rumah tersebut yang dipercayai menyebarkan kepada pihak ketiga sebelum tular di media sosial dengan tuduhan palsu.


“Laporan polis dibuat pengadu bagi untuk menafikan tuduhan itu dan tindakan susulan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hoong Fong, perkara itu turut tular di kumpulan WhatsApp penduduk kawasan Jalan Kebun dan Sungai Udang.

Justeru, beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan akan dilengkapkan dalam kadar segera.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan atau menganiayai individu lain,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-10-2022 04:39 PM
Zaman niaga ketuk pintu dah berlalu laaa..
Quote missyL 15-10-2022 04:46 PM
Zaman skang mmg x lah nk bg masok org xknl nie

Klo rmh aku pn
Ketuk2 pintu aku sorang ngn anak mmg x lah nk bkk

Ketuk la situ
Quote Itzy 15-10-2022 04:50 PM
Kalau aku jadi bro ni, elakkan ambil risiko buat sale macam ni sebab org x kan buka pintu punya. Ko beli la alat trompet atau pembesar suara murah kat shopee dan buat macam orang cina beli surat khabar lama atau tilam murah. Mereka pergi ke taman2 sambil naik lori sambil buka pembesar suara bagitau apa barang mereka jual.
Quote umbut 15-10-2022 05:03 PM
Dari tahun 90an x habis2 scam jual kepala gas..
Quote ninja boy 15-10-2022 05:08 PM
Org nak mesin rumput potong pokok bakar sampah x senang lah, jual petai datang jual karpet datang minta sedekah datang
Quote Perwira2022 15-10-2022 09:03 PM
Elok di simbah dengan air panas je spesis direct seller ni
Quote Carcosa 15-10-2022 09:49 PM
Abang ni pon, hidup di zaman lampau kah?
Taktau ke keadaan keselamatan negara skrg mcmana? Sewenang2 je ke, tuan rumah nak ckp "Haa, jemput lah masukkk. Minum2 teh ke apa yg ada. Tolong check kan ye, kepala gas".
Kemon lah bangggg. Kang ada case betul2 penyamun, tuan rumah kasi masuk, abang jgk yg hencap kata tuan rumah bodoh kasi masuk.

Ni, zaman skrg, semua di hujung jari bang oiii. Ghiso kepala gas rosak, kitorang Google je. Kaodim pun ada
Quote Adrif 15-10-2022 10:19 PM
kawasan rumah lama aku, signboard sebesar-besar alam, "Jurujual dilarang masuk/ naik kawasan"

tapi sok lusa, mesti ada jugak yang ketuk pintu,

"Maaf encik, saya dari rumah anak yatim nak jual kismis kotak. Mohon bantu encik."

aku tak banyak cakap, aku terus mintak 10 kotak. feveret aku kismis singgit tu dari dulu

lepas tu menyesal sebab tiap minggu lain budak pulak datang jual, bahahaha
Quote casper2022 15-10-2022 10:37 PM
ak mmg xbkk pintu klau org xkenal. xyah la jual cara gini. skrg org tkut sbb byk kes culik. org gemuk pon dieorg larat angkut dh.
Quote rogayahtop 16-10-2022 01:14 AM
kesiannya lah. mmg tak sesuai dah direct selling ni. tp eloklah saman je yg dok viralkan org mcm ni nak viral sgt, cakap je lah sy taknak.

Quote I.K.A888990 16-10-2022 03:12 AM
jgn la bukak pintu utk org tak kenal
bahaya wei
Quote ultra78 16-10-2022 04:47 AM
Rumah landed dan flat yg takde guard biasalah datang orang nak jual barang dan minta sedekah. Masa zaman student dahulu kat Melaka pernah satu group tabligh ni masuk rumah. Kami bolayan aje.
Quote rosedemon 16-10-2022 10:56 AM
lah kalau aku pon msti ingt dia nk mrompak mana ada jaman dtg rumah ke rumah vodo

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036283 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top