View: 1492|Reply: 13
|
Kecoh Di Klang! Wanita Dakwa Jurujual Nak Merompak Sebab Datang Rumah Tawar Alat Ganti Kepala Gas
[Copy link]
|
|
KLANG – Seorang jurujual alat ganti kepala gas tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan tular mahu memecah masuk ke dalam rumah dan cuba merompak di sekitar daerah ini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pukul 8.42 pagi semalam.
Kata beliau, pengadu menawarkan alat ganti kepala gas kepada seorang wanita di sebuah rumah di Sungai Udang pukul 2 petang kelmarin.
Foto: Kosmo
“Namun, gambar lelaki itu diambil pemilik rumah tersebut yang dipercayai menyebarkan kepada pihak ketiga sebelum tular di media sosial dengan tuduhan palsu.
“Laporan polis dibuat pengadu bagi untuk menafikan tuduhan itu dan tindakan susulan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Hoong Fong, perkara itu turut tular di kumpulan WhatsApp penduduk kawasan Jalan Kebun dan Sungai Udang.
Justeru, beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan akan dilengkapkan dalam kadar segera.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan atau menganiayai individu lain,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman niaga ketuk pintu dah berlalu laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skang mmg x lah nk bg masok org xknl nie
Klo rmh aku pn
Ketuk2 pintu aku sorang ngn anak mmg x lah nk bkk
Ketuk la situ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi bro ni, elakkan ambil risiko buat sale macam ni sebab org x kan buka pintu punya. Ko beli la alat trompet atau pembesar suara murah kat shopee dan buat macam orang cina beli surat khabar lama atau tilam murah. Mereka pergi ke taman2 sambil naik lori sambil buka pembesar suara bagitau apa barang mereka jual. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari tahun 90an x habis2 scam jual kepala gas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org nak mesin rumput potong pokok bakar sampah x senang lah, jual petai datang jual karpet datang minta sedekah datang |
|
|
|
|
|
|
|
Elok di simbah dengan air panas je spesis direct seller ni |
|
|
|
|
|
|
|
Abang ni pon, hidup di zaman lampau kah?
Taktau ke keadaan keselamatan negara skrg mcmana? Sewenang2 je ke, tuan rumah nak ckp "Haa, jemput lah masukkk. Minum2 teh ke apa yg ada. Tolong check kan ye, kepala gas".
Kemon lah bangggg. Kang ada case betul2 penyamun, tuan rumah kasi masuk, abang jgk yg hencap kata tuan rumah bodoh kasi masuk.
Ni, zaman skrg, semua di hujung jari bang oiii. Ghiso kepala gas rosak, kitorang Google je. Kaodim pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan rumah lama aku, signboard sebesar-besar alam, "Jurujual dilarang masuk/ naik kawasan"
tapi sok lusa, mesti ada jugak yang ketuk pintu,
"Maaf encik, saya dari rumah anak yatim nak jual kismis kotak. Mohon bantu encik."
aku tak banyak cakap, aku terus mintak 10 kotak. feveret aku kismis singgit tu dari dulu
lepas tu menyesal sebab tiap minggu lain budak pulak datang jual, bahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ak mmg xbkk pintu klau org xkenal. xyah la jual cara gini. skrg org tkut sbb byk kes culik. org gemuk pon dieorg larat angkut dh. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya lah. mmg tak sesuai dah direct selling ni. tp eloklah saman je yg dok viralkan org mcm ni nak viral sgt, cakap je lah sy taknak.
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn la bukak pintu utk org tak kenal
bahaya wei |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah landed dan flat yg takde guard biasalah datang orang nak jual barang dan minta sedekah. Masa zaman student dahulu kat Melaka pernah satu group tabligh ni masuk rumah. Kami bolayan aje. |
|
|
|
|
|
|
|
lah kalau aku pon msti ingt dia nk mrompak mana ada jaman dtg rumah ke rumah vodo |
|
|
|
|
|
|
| |
|