Tular kisah seorang pemuda sanggup menunggang motosikal untuk mendaftar sebagai mahasiswa di sebuah universiti bersendirian.
Kisahnya yang bersungguh-sungguh menyambung pengajian tular di laman sosial setelah dikongsikan di halaman Facebook Universiti Malaya (UM) pada Ahad. "Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya," kata Lau Lai Kiat. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, dapat dilihat Lai Kiat turut mengangkut beg pakaian yang digalas di bahagian depan dan belakang badan berserta barangan lain menggunakan motosikalnya.
Katanya, selepas menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah (Sijil Pelajaran Malaysia), dia meneruskan pengajian peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Mengenai kenderaan yang digunakan ketika mendaftar, katanya, dia meletakkan motosikal tersebut di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan digunakan setiap kali 'turun' ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, untuk hari pendaftaran sebagai pelajar di UM, pemuda ini memilih untuk menumpang bermalam di rumah rakannya di Putrajaya terlebih dahulu setelah mengambil motosikal di TBS. Ujar anak bongsu dari tiga orang adik-beradik, dia berhasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan membalas jasa mereka apabila sudah menamatkan pengajian di menara gading. Malah, dia merupakan anak pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat universiti dalam kalangan ahli keluarganya dan bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan kelak. Dalam pada itu, lelaki ini turut memberitahu dia memilih Institut Pengajian Awam (IPTA) itu kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara. Selain itu, dia juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan setelah ditanya mengenai institusi pengajian pilihannya itu. "Lagipun UM di dalam KL, senanglah nak 'enjoy' dengan kawan-kawan. "Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas," kata bekas pelajar SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna. Hantaran asal yang tular itu telah dikongsikan semula lebih 600 kali dan menerima lebih 7,700 tanda suka. Rata-rata netizen turut mengagumi tindakan pemuda ini yang berdikari apabila mendaftarkan diri sebagai pelajar mahasiswa tanpa ditemani ahli keluarga. Sumber: mStar
|
jiwasemangat replied at 14-10-2022 02:02 PM
.. tringat aku dulu².. daftar sorang² ..sorb²
orkid_amani replied at 14-10-2022 02:17 PM
Jarang tgk Chinese naik moto..biasa tgk diorang naik kereta ja
kotakbaju replied at 14-10-2022 02:29 PM
Bese la tu. Pasai aku pun cam adik ni gak. Urusan apa2 kat uni dulu aku sorang je settel..lagi sadis ...
orkid_amani replied at 14-10-2022 02:17 PM
Jarang tgk Chinese naik moto..biasa tgk diorang naik kereta ja
asudau replied at 14-10-2022 02:39 PM
aku masa form 5, masuk asrama kat JB, naik keretapi sorang-sorang je dari kampungku..
dengan beg, ba ...
ADVERTISEMENT