Tidak terlalu mendalami mantera yang diucapkannya dalam babak menyeru syaitan dalam filem Talbis Iblis, Nasha Aziz, 51, sebaliknya menganggap dialog berkenaan sebagai ayat-ayat comel sahaja tanpa maksud mendalam.
"Bila saya tengok, tak adalah keterlaluan sangat. Saya sendiri akan rasa pelik kalau keterlaluan sangat. Saya juga teliti setiap apa yang ingin saya sampaikan dalam tanggungjawab saya. "Saya harus ada penilaian apa sebenarnya tujuan Junaidah atau filem ini. Jika dia terlalu sangat untuk meraikan syaitan atau mengangkat syaitan, itu bukan tanggungjawab saya.
"Saya tak berminat nak buat kalau begitu. Tapi kerana saya tahu isi, jalan cerita Junaidah kenapa jadi begitu, apa sebab penyebab dan apa yang saya rasa menerusi dialog-dialognya, kita tak mengagung-agungkan dan memuja syaitan," katanya ditemui pada Malam Gala Talbis Iblis di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Menerusi filem arahan Khabir Bhatia ini, Nasha turut mengalami kecederaan tanpa sengaja berpunca dari tindakan Zul Ariffin yang membawakan watak Nasir.
|
ADVERTISEMENT