Sering menerima soalan sama mengenai agama dianutinya, jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri tampil membuat pendedahan.
Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Kevin memaklumkan dia telah dihujani soalan mengenai pegangan agamanya oleh orang ramai sejak beberapa tahun lalu. Namun, Kevin dengan tenang menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan soalan sedemikian kerana mengetahui ramai yang tertanya-tanya mengenai status agamanya. “Saya telah dibesarkan sebagai Kristian dan nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar… nama saya dulu Kevin Nicholai Christopher Zahri.
“Ayah saya adalah seorang Melayu Muslim, mak saya pula Kristian daripada Jerman. “Mak saya yang lebih mengajarkan mengenai agama… saya pergi ke gereja ( tapi jarang-jarang), saya sembahyang seperti Kristian, saya menyertai koir Krismas, saya membaca buku seperti Bible ketika kecil.” jelas Kevin. Namun, setelah dia dan bapanya berpindah ke Malaysia bapanya mendapat hidayah tentang agama Islam dan tanggungjawab yang patut digalas sebagai seorang Muslim. “Sejak itu bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz dan pelbagainya,” ceritanya lagi. Jelas Kevin, dia pada mulanya tidak menerima ajaran Islam dan mempersoalkan mengenai pelbagai agama. Walau bagaimanapun, bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai status agamanya, dia akui bahawa dia merupakan seorang Muslim malah berbesar hati untuk berkongsi mengenai penghijrahannya sebagai seorang mualaf. Sumber: Xtra
|
orkid_amani replied at 13-10-2022 01:58 PM
Kalau ikut asas agama..maknya tu kena convert dulu ke Islam kan sebelum kawin dah dia claim apaknya ...
Whitney72 replied at 13-10-2022 02:25 PM
Tp dia ni ex MRSM kan?
sheetRock replied at 13-10-2022 02:16 PM
tapi....inspiring sgt video dia.... sbb bijak nyer dia..a.hahahah... leh la amik tips tok anak laki ...
Thunderclouds replied at 13-10-2022 04:14 PM
Yups. Mensa member as well. Hencem + intelligent (certified)
ADVERTISEMENT