Oleh : Dean BZ Sumber foto : sinarharian "Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar." Baginda turut memetik soal ketidakstabilan politik dan ekonomi negara pada masa ini. "Suasana politik dan ekonomi negara yang berada dalam keadaan yang tidak stabil pada masa ini merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh kerajaan dengan segera," titahnya. Memetik dari laporan sinarharian, walaupun kedudukan sebagai Sultan tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan politik, tetapi baginda juga bertanggungjawab untuk memastikan suasana kehidupan rakyat di negeri Johor berada dalam keadaan yang baik, maju dan makmur. "Saya mengesa kepada pihak kerajaan yang memerintah supaya segera menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sekarang ini, antaranya mengenai kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk. "Suka juga saya ingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan janganlah mengutamakan kepentingan peribadi," titah baginda. "Selesaikanlah masalah-masalah yang timbul dengan segera," tegas baginda lagi. Baginda bertitah sempena Hari Ulangtahun Rejimen Gerak Khas Yang Ke-50. - CARI Infonet.
|
20
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
3
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mattzzx replied at 25-8-2015 08:01 AM
sultan yang berjiwa rakyat yang dapat menyelami kesusahan rakyat......
famri7 replied at 25-8-2015 04:03 PM
Menyelam dgn kapcai tampa helmet jah sis?
Senyum sinis jah.
prettyuglybabe replied at 25-8-2015 04:08 PM
banyak kali dah johor ni berbunyi
cilok replied at 25-8-2015 04:11 PM
sultan negeri lain??
Xde sore ker??
solstice replied at 25-8-2015 04:14 PM
Dah berpuluh tahun UMNO BN dok memperbodohkan rakyat
Tp tak semuanya boleh diperbodohkan
ADVERTISEMENT