CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Permohonan Semakan Kes Bung Moktar, Zizie Ezzette Didengar Isnin

11-10-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 948| Komen: 4

Description: Permohonan semakan berhubung kes rasuah dihadapi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan didengar pada Isnin depan.
Permohonan semakan berhubung kes rasuah dihadapi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan didengar pada Isnin depan.


Peguam pasangan itu, M Athimulan berkata, permohonan berkenaan akan didengar secara bersama di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid.


Foto:Google

"Kami akan memfailkan permohonan supaya kedua-dua notis usul semakan terbabit didengar bersama pada 17 Oktober ini," katanya kepada BH, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Athimulan supaya notis usul membabitkan Zizie Izette dipindahkan ke hadapan Azhar.


Mengikut permohonan asal, notis usul semakan berhubung kes Bung Moktar, didaftarkan di hadapan Azhar dan akan didengar pada 17 Oktober ini, manakala kes Zizie Izette pula sepatutnya didengar di hadapan Sequerah.

Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, memfailkan notis usul untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September lalu, yang memerintahkan mereka membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Pada 23 September lalu, Sequerah membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menangguhkan prosiding bela diri di Mahkamah Sesyen, selepas mereka memfailkan notis usul untuk menyemak dan mengetepikan keputusan mahkamah berkenaan.

Permohonan untuk semakan itu dibuat dengan alasan hakim perbicaraan terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta, apabila memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga didakwa menerima suapan RM337,500 daripada perunding unit amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar bawah nama Zizie Izette, yang pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 11-10-2022 01:47 PM











Quote cikatilia 11-10-2022 02:34 PM
nanti up video anak2 nangis2
Quote mizruncing 11-10-2022 02:40 PM
BN nak menang pls la buktikan dorg ni bersalah
Quote Nizleen86 12-10-2022 12:03 AM
Parlimen dah bubar..tak lama lagi lepas bebas la tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044076 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top