Oleh Izzah AbbasyAnak kerap sakit perut? Adakah salah makan atau keracunan? Pengarah Institut Kanak-Kanak Gastrousus dan Nutrisi, University of Massachusetts Memorial Health Care in Worcester, Stephen Hardy, berkata 10 peratus kanak-kanak selalu mengadu sakit perut tetapi keadaan sebenar mereka sebaliknya.Sehubungan itu, pengamal perubatan percaya petunjuk terbaik dalam mendiagnos kanak-kanak yang sakit perut bukan meminta mereka menunjukkan kawasan sakit. Sebaliknya, merujuk kepada kesihatannya dan simptom lain seperti makanan yang diambil sepanjang hari tersebut.Berikut adalah panduan mencari punca sebenar kenapa anak anda sakit perut.1. Radang usus dan perut (gastroenteritis)
- Anak anda mungkin berhadapan dengan masalah radang usus dan perut jika dia muntah dan cirit birit. Biasanya masalah ini disebabkan jangkitan virus atau bakteria.
- Jika disebabkan virus, masalah itu tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Radang usus dan perut akan menyebabkan muntah, cirit-birit dan hilang selera makan.
- Pastikan anak anda mengambil cukup cecair untuk dua hingga tiga hari dari hari pertama dia alami sakit.
- Biasanya sakit perut seperti ini menyebabkan anak tidak boleh mengambil produk tenusu, jadi berikan dia air kosong, jus atau garam pencegah dehidrasi.
Apabila anak sembuh daripada masalah ini, untuk beberapa hari berikan dia pisang, nasi, epal dan makanan panggang. Mungkin juga boleh beri dia bijirin atau biskut.2. Alah susu
- Alah susu dan alah laktosa biasanya jarang berlaku pada kanak-kanak. Sakit perut disebabkan susu biasanya kerana pertukaran daripada penyusuan susu ibu kepada susu formula atau memakan produk tenusu lain seperti keju.
- Simptom alah susu dan laktosa selalunya menyebabkan anak muntah, cirit birit dan sakit perut. Untuk memastikan punca masalah itu disebabkan produk tenusu, doktor akan menyarankan anda tidak memberinya produk begitu untuk beberapa hari. Selepas itu, cuba beri semula produk berkenaan.
- Kanak-kanak yang alah susu (alah pada protein susu) akan diberi susu soya, tetapi ia bukan boleh diberi kepada semua kanak-kanak. Antara lima hingga 10 peratus kanak-kanak yang alah pada susu juga alah pada soya. Jika anak anda termasuk dalam kategori ini, anak mesti merujuknya kepada doktor.
3. Perubahan dalam diet
- Sembelit adalah masalah biasa yang dialami kanak-kanak. Biasanya ia terjadi apabila mereka sudah pandai memilih makanan sendiri.
- Bagaimanapun, selepas enam minggu, sistem pencernaannya akan kembali normal. Bantu anak anda dengan memberinya cukup serat dan cecair. Selain itu, anda mungkin boleh memberitahunya jenis makanan yang baik dan boleh diambil serta makanan yang perlu dielakkan.
4. Masalah pernafasan
- Percaya atau tidak, selesema juga boleh menyebabkan sakit perut. Ini kerana kebanyakan lendir daripada bahagian hidung masuk ke kerongkong. Apabila anak menelannya, ia boleh menjejaskan perut.
- Jika anak anda mengadu sakit perut dan pada masa yang sama alami selesema, bawa dia berjumpa doktor. Doktor akan memberikan ubat untuk membantu mengeringkan lendir yang menjejaskan perutnya. Biasanya ubat seperti itu boleh membantu.
- Bagaimanapun, kadang kala, keadaannya mungkin lebih serius. Dia mungkin sakit tekak, demam dan sakit kepala. Simptom begini selalunya dikaitkan dengan sakit tekak yang serius. Masalah ini seharusnya dirujuk kepada doktor.
5. Sakit perut dan muntah
- Jangkah ambil langkah tunggu dan lihat jika anak muntah, tidak bermaya kemudian sihat untuk beberapa ketika sebelum muntah lagi. Masalah ini mungkin disebabkan rektumnya berdarah.
- Simptom ini biasanya dikaitkan dengan masalah usus. Ia berlaku pada bayi berusia enam bulan hingga tiga tahun,
- Anak juga akan muntah dan demam. Dia juga mungkin tidak mahu minum air. Rujuk kepada doktor kerana anak anda mungkin berhadapan dengan radang umbai usus (bengkak pada apendik)
7. Angin
- Sebagai orang dewasa, anda tentu tahu angin dalam badan memang membosankan dan menyakitkan. Begitu juga dengan anak anda. Biasanya, masalah angin terjadi kalau anak kerap minum jus. Kadang-kala jus yang terlalu banyak sukar dihadam.
- Dia akan sendawa dan sakit perut jika gas sudah terkumpul dengan banyak. Ubat pencegah angin boleh dibeli di kaunter farmasi tetapi jika tidak pasti, rujuk dulu kepada doktor.
Penjagaan kanak-kanak sangat rumit jika dibandingkan dengan dewasa. Mereka tidak tahu untuk memberitahu sakit yang sebenar kepada ibu bapa atau penjaga. Segera berjumpa doktor supaya anak anda tidak tersalah makan ubat. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|