CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ikhlas Dari Hati, Saya Ingin Memohon Maaf Kepada Anna,"-Siti Khadijah

6-10-2022 10:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10568| Komen: 71|Original author: Tatod

Sumber IG


Gara-gara perkongsian pelakon, Siti Khadijah di media sosial, hantaran berkenaan dikatakan seolah-olah sindiran yang ditujukan kepada rakan aktresnya, Anna Jobling.

Menerusi laporan Harian Metro, Siti Khadijah tampil memohon maaf kepada Anna dan menjelaskan perkara itu hanya sekadar luahan hati tanpa niat untuk mengaibkan atau memburukkan mana-mana pihak.

"Saya berfikir dua kali sebelum memuat naik paparan terbabit kerana saya memang tiada niat hendak mengaibkan mana-mana pihak.



"Saya dan Anna kawan dan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka.

"Saya ambil peluang ini untuk memohon maaf kepada mereka. Tak ada niat buruk pun dekat mana-mana pihak," katanya.

Salah faham yang timbul ini mengajar Siti Khadijah agar lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya di media sosial selepas ini.


"Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih mencari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial.

"Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu. Saya tak nak terpalit dengan kontroversi yang tidak baik," katanya.

Terdahulu, Anna meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindiran rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya.


Pelakon drama Ash & Aish itu mengakui kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana tidak berterus-terang sebaliknya menulis menerusi media sosial.

Selepas Anna mengeluarkan kenyataan itu, netizen di laman sosial mula mengaitkan nama Siti Khadijah yang didakwa adalah individu yang dimaksudkan oleh Anna. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 6-10-2022 10:46 AM
muka typical salesgirl jek
Quote manehnya 6-10-2022 11:30 AM
kalu x salah nape minta maap...
Quote MoonRise 6-10-2022 11:47 AM
Muka dia besar.
#donebodyshaming
Quote anilanil 6-10-2022 11:53 AM
Mintak maaf je la senang. Kang netizen korek sana sini pon susah jugak. Kerjaya pon baru nak up.
Quote minahmanja 6-10-2022 12:06 PM
baca tajuk ni aku rasa mcm dejavu jek... siti & anna ni both from dewi remaja ke..?
Quote Diamondmoney 6-10-2022 12:09 PM
Takut kena kansel ke tewwww
Quote lattehazelnut 6-10-2022 12:17 PM
Ni ikhlas ke or utk tektik penyusian je?
Quote nylliette 6-10-2022 12:31 PM
faz - lop 2022 ke ni
Quote Lavender_Violet 6-10-2022 12:32 PM
Apa yg dikutuk dek budak Siti Khadijah ni?
Quote kotakominami 6-10-2022 12:46 PM
Maybe waktu tu dia rase frust kot mcm dipinggirkan waktu promo drama. Tp silap tempat  pegi luah kt twitter. Skang nama anna tgh wangi kau cuit sikit kau yg kena...lagi baik kau kerja betul2  sampai kat tahap org cari kau pulak.
Quote PocongTerbang 6-10-2022 12:53 PM
Biasalah mintak maaf ni dikira teknik penyucian diri,alang2 nama tengah nak naik..tak mintak maaf kang makin berjela pulak gaduhnya. Karatz anna pon tak payah la acah2 mcm anna tu takde buat salah apa. Orang korek balik kes dewi remaja tu kang baru tau
Quote rotiban 6-10-2022 01:01 PM
hari tu tengok kat ig sape tah
sheols attend event Dior ke hape
hauk giler dressing dia....kg.com abis
yg dtg event tu sume urban belaka
dress memasing xmoh kalah
tiber ke dia..alahai sedehhh
mcm nak pi hari kantin sekolah je gayanya
Quote AcikBuncit 6-10-2022 03:07 PM
Apa yg dia kutuk anna.. Aduh acik trlepas pndang. Mgkn mse gosip ni acik tgk sibuk tlg jiran merewang kenduri. Ada sesape blh tlg bgtau.. Nk juga merancak kutuk org arini
Quote heythere123 6-10-2022 03:12 PM
okay la, at least lepas ni karatz anna boleh stop memekak
Quote heythere123 6-10-2022 03:13 PM
AcikBuncit replied at 6-10-2022 03:07 PM
Apa yg dia kutuk anna.. Aduh acik trlepas pndang. Mgkn mse gosip ni acik tgk sibuk tlg jiran merewan ...

takde la dia kutuk anna, dia cuma tak puas hati dengan meletop. Tapi fans anna kan hati tisu, terus dibantainya Siti ni kutuk Anna.

Padahal lepas kejadian tu, si Anna ni elok je tegur Siti dekat ig live
Quote heythere123 6-10-2022 03:15 PM
kotakominami replied at 6-10-2022 12:46 PM
Maybe waktu tu dia rase frust kot mcm dipinggirkan waktu promo drama. Tp silap tempat  pegi luah kt  ...

ye memang itu pon sebenarnya.

Sebab anna & mq kan mendonia lepas drama Melur tu, pastu kebetulan lepas tu tayang drama Ash & Aish. Tapi si mq sendiri pon tak sibuk sangat nak promote A&A dgn Siti.
Quote heythere123 6-10-2022 03:15 PM
lattehazelnut replied at 6-10-2022 12:17 PM
Ni ikhlas ke or utk tektik penyusian je?

i ada soft spot dekat Siti so i rasa kalau ni taktik penyucian pon lantak la
Quote heythere123 6-10-2022 03:16 PM
minahmanja replied at 6-10-2022 12:06 PM
baca tajuk ni aku rasa mcm dejavu jek... siti & anna ni both from dewi remaja ke..?

anna je Dewi, Siti join program sendu jerps
Quote virgocircus 6-10-2022 03:17 PM
Bbnu biase la tu. Jgn buat lagi dek. Lol

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.116271 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top