Sumber IG
Gara-gara perkongsian pelakon, Siti Khadijah di media sosial, hantaran berkenaan dikatakan seolah-olah sindiran yang ditujukan kepada rakan aktresnya, Anna Jobling.
Menerusi laporan Harian Metro, Siti Khadijah tampil memohon maaf kepada Anna dan menjelaskan perkara itu hanya sekadar luahan hati tanpa niat untuk mengaibkan atau memburukkan mana-mana pihak.
"Saya berfikir dua kali sebelum memuat naik paparan terbabit kerana saya memang tiada niat hendak mengaibkan mana-mana pihak.
"Saya dan Anna kawan dan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka.
"Saya ambil peluang ini untuk memohon maaf kepada mereka. Tak ada niat buruk pun dekat mana-mana pihak," katanya.
Salah faham yang timbul ini mengajar Siti Khadijah agar lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya di media sosial selepas ini.
"Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih mencari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial.
"Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu. Saya tak nak terpalit dengan kontroversi yang tidak baik," katanya.
Terdahulu, Anna meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindiran rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya.
Pelakon drama Ash & Aish itu mengakui kesal dengan tindakan individu berkenaan kerana tidak berterus-terang sebaliknya menulis menerusi media sosial.
Selepas Anna mengeluarkan kenyataan itu, netizen di laman sosial mula mengaitkan nama Siti Khadijah yang didakwa adalah individu yang dimaksudkan oleh Anna. -CARI
|