Bekas isteri kepada penyanyi, Aman Ra, mengakui tidak mempunyai apa-apa perasaan sebaik mengetahui perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu.
Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di media sosial, Natiqah Rahmat menerusi IG Story turut menjelaskan perkahwinan Aman Ra bukanlah satu perkara pelik.
"Mati rasa dah dik. Heran pun idok," tulisnya.
Sumber BOOM
Tambahnya lagi, isu yang menghairankan adalah mengenai nafkah anak-anak yang diabaikan.
"Kalau tanya sis okay ke dia abaikan nafkah lengkap anak-anak, okay ke tak dia tengok anak-anak rindu bapak dorang sendiri...
"Yang itu, sis hairan," katanya.
Sumber IG Story
Terdahulu, Aman Ra selamat diijabkabulkan dengan Amirah Hani yang juga kakak kepada cef selebriti, Anis Nabilah.
Sebelum ini, penyanyi itu dan Natiqah pernah mendirikan rumah tangga tetapi sah berpisah pada 5 Ogos tahun lalu selepas melafazkan cerai secara taklik pada 29 Mac 2020.
Natiqah turut mendakwa rumah tangga mereka berantakan selepas kecurangan penyanyi itu dengan seorang wanita yang juga kakak kepada seorang cef selebriti terbongkar selain mendedahkan Aman Ra melafazkan cerai sebanyak empat kali.
Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra dikurniakan dua cahaya mata, Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Walaupun janda dia mcm tahpape..kalau laki korang buat sebijik mcm apa yg si Amon Ra buat ni..korang pun merempan jugekk..takyah la nk acah2 terpaling classy..poyo to the max
Perempuan ni kalau tersakiti dia x amik masa yg lama pun utk move on ... Bila dia dh move on mmg sume rasa tu hilang yg ada rasa menyampah je hahahaa cuma kesian kat ank2 je lah tu je.
Netijen tanya soklan nafkah kat salah orang, lepas tu bila pompuan merempan bab nafkah, melalak2 pulak poremer2 soh suck up be classy katanyehhhh
Bagi acik, elok le kita mak2 ni merempan serata alam pasal nafkah diri nafkah anak2
Mmg selayaknye jantan keparat kena kecam keji diludah org ramai sbb tak bagi nafkah
Ini tidakkkkkkkkk, jantan yg tak bagi nafkah tu helokkkk je korang puji
Mcm edelnotelo, jamal dilah, ackiok tu semua
Korang mengecam serupa takde hari esok kat pompuan2 merempan nafkah anak mcm ritrud tuh
lelaki melayu ni bila bercerai takde diheran dah pasal anak ek? campak je anak kat bekas bini nya, nafkah pulak tngu mahkamah panggil baru nk bagi.
apesal omputih selalu berebut hak penjagaan anak? ke sebab negara omputeh sana dapat subsidi kalau jaga anak?