Sumber IG
Bekas isteri kepada penyanyi, Aman Ra, mengakui tidak mempunyai apa-apa perasaan sebaik mengetahui perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu.
Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di media sosial, Natiqah Rahmat menerusi IG Story turut menjelaskan perkahwinan Aman Ra bukanlah satu perkara pelik.
"Mati rasa dah dik. Heran pun idok," tulisnya.
Sumber BOOM
Tambahnya lagi, isu yang menghairankan adalah mengenai nafkah anak-anak yang diabaikan.
"Kalau tanya sis okay ke dia abaikan nafkah lengkap anak-anak, okay ke tak dia tengok anak-anak rindu bapak dorang sendiri...
"Yang itu, sis hairan," katanya.
Sumber IG Story
Terdahulu, Aman Ra selamat diijabkabulkan dengan Amirah Hani yang juga kakak kepada cef selebriti, Anis Nabilah.
Sebelum ini, penyanyi itu dan Natiqah pernah mendirikan rumah tangga tetapi sah berpisah pada 5 Ogos tahun lalu selepas melafazkan cerai secara taklik pada 29 Mac 2020.
Natiqah turut mendakwa rumah tangga mereka berantakan selepas kecurangan penyanyi itu dengan seorang wanita yang juga kakak kepada seorang cef selebriti terbongkar selain mendedahkan Aman Ra melafazkan cerai sebanyak empat kali.
Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra dikurniakan dua cahaya mata, Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3. - CARI
|