CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akui Kesalahan, Gayatri Puji Zul Ariffin Matang Dan Bertanggungjawab

5-10-2022 07:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1740| Komen: 8|Original author: Tatod


Penerbit, Gayatri Su-lin Pillai yang juga rakan baik aktor, Zul Ariffin, berpendapat bahawa tindakan pelakon itu mengakui kesalahan ketika didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial adalah matang dan bertanggungjawab.

Meneruri laporan Harian Metro, Gayatri yang hadir menemani Zul di Kompleks Mahkamah Sesyen Sepang, semalam adalah tanda sokongan kepada pelakon filem Sangkar itu.

"Saya datang untuk memberi sokongan kepada Zul. Sepanjang bekerjasama dengan Zul untuk beberapa projek filem, dia memberi kerjasama yang baik.


Sumber Kosmo Online

"Malah dia juga supportive dalam membantu mempromosikan setiap karya yang dibintangi.

"Bagi saya, keputusan yang dibuat Zul adalah matang dan bertanggungjawab. Saya memuji tindakannya itu," katanya.

Ditanya sama ada Zul pernah berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi susulan kes terbabit, Gayatri berkata, soalan itu harus ditanyakan kepada empunya badan.

"Pandangan saya, setiap individu yang berdepan masalah pasti akan mengalami tekanan," katanya.

Sumber Utusan Online

Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 5-10-2022 07:52 AM
Matang ek sarcastic cenggitu? Hmm..ini lah namanya sayang, kan acik gayah..
Quote shernazz 5-10-2022 07:53 AM
Igtkan osama beb laden menjelma
Zul aripin rupanya...
Quote DragonSari 5-10-2022 07:58 AM
Kawin je lahh
Quote akuHavocczz 5-10-2022 09:39 AM
Matang apa nya sugarbaby kesayangan kau tu
Quote pembacagosip 5-10-2022 10:26 AM
wow nampak gaya dtg bsama
bff btul
Quote KamikuP 5-10-2022 03:13 PM
Tingginya heolss khuenzz nmpk sgt wartwan semua tu renek2 belaka
Quote margo20 5-10-2022 03:26 PM
Da kenapa tie mcm pegawai kerajaan
Quote makcun14 5-10-2022 04:50 PM
Cinta mati acik gaya.
Kalau nak ikutkan boleh je sheols tangkap jerung macam acik kaunter mrs naza. Atau paling busuk pun boleh dapat laki helok macam Kak Kavita.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.128958 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top