"Tidak mengapa saya seorang mengaku bersalah." Demikian pengakuan pelakon popular Zul Ariffin, 35, yang didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram pada Mac lalu.
Dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar, hari ini. Harian Metro melaporkan, pertuduhan menyatakan pelakon itu mengguna akaun Instagram @zul_ariffin secara sedar membuat dan memulakan penghantara video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
"Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya 'malaikat', saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa," katanya dipetik dari Harian Metro. Zul dalam masa sama menitip pesanan kepada rakan artis lain supaya menjadikan kes menimpanya sebagai pengajaran sebelum membuat sebarang promosi untuk setiap karya terbaharu. "Kalau disuruh muat naik apa-apa kandungan, tidak perlulah beriya-iya sangat. Betul tak? Kalau disuruh juga untuk tujuan promosi, tolong berhati-hati dan jadikan saya sebagai contoh. Muat naik gambar 'selfie' pun sudah memadai. Tak rugi apa pun," katanya. Zul yang memilih untuk tidak memanjangkan kes ini sangat terharu dengan nasihat peguam dan sokongan daripada rakan-rakan yang hadir. "Saya ingatkan tiada yang akan datang beri sokongan tapi Alhamdulillah ramai yang hadir termasuk rakan media. Saya enggan bazir masa mahkamah atau sesiapa. Jadi saya memilih mengaku bersalah kerana saya yang memuat naik video terbabit. "Jika tidak, perkara ini akan terus berlanjutan dan saya tak nak hidup dengan rasa yang begitu. Jadi langkah terbaik saya anggap ini kesalahan atas kelakuan saya selain rasa bersalah kepada Allah," katanya. - CARI |
dudaberhias replied at 4-10-2022 04:18 PM
Tapi tak sangka si pengarah tu dah kertu2 dan menopos pun che pit masih berair lagi nak arahkan aksi ...
“Pesanan saya, berhati-hatilah dengan godaan majikan dan sama ada drama tersebut tayang atau tidak tak tahulah, kena tanya ‘malaikat-malaikat’ yang berkarya lah. Jangan tanya saya, saya sudah kena denda,” ujar beliau.
mizruncing replied at 4-10-2022 03:49 PM
halahhhh play victim plak dahhh
ADVERTISEMENT