Penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima berharap hukuman yang dikenakan terhadap pelakon utama drama terbabit, Zul Ariffin dijadikan pengajaran buat semua.
Erma ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai pesanan daripada Tuhan supaya lebih berhati-hati. "Bagi saya ini adalah pengajaran kepada semua orang, bukan saja untuk Zul tapi untuk diri saya, pengarah dan artis-artis lain. "Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Mungkin ini juga pesan daripada Allah kepada kita semua," katanya.
Menurut Erma, walaupun drama terbabit berdepan kontroversi, namun drama arahan Ain Sharif akan tetap ditayangkan dan sedang melalui proses penyuntingan. "Drama ini memang akan ditayangkan dan kami sedang menunggu tarikh tayangan. Kami juga sedang dalam proses penyuntingan. "Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya," katanya. Ditanya adakah adegan sumbang yang dimuat naik Zul di media sosial akan ditayangkan, Erma berkata, babak terbabit tidak akan dimasukkan. "Memang tidak akan boleh keluar. Babak itu tak perlu kita hantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau stesen TV sebab kita sudah tahu jawapannya," katanya. Terdahulu, pelakon, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu. Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar. Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pada 18 Mac, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram. Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini. Selain Zul dan Siti Hariesa, drama 30 episod ini dibintangi Mimi Lana, Eman Manan, Amar Asyraf, Amir Ahnaf,Erysha Emirates dan Iqbal Zulkefli. -CARI Sumber: Harian Metro
|
virgocircus replied at 4-10-2022 07:02 PM
So ape perlu nak shoot babak tu kalau dah tau xkan lepas utk tapisan? Director, penerbit sama bengon ...
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...
"Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya," katanya.
hasniey replied at 4-10-2022 10:14 PM
Mokcik bg duit tak kat jul utk byr denda?sian dia promot drama tp sorg2 je byr denda 30k
RoseLuna replied at 4-10-2022 09:14 PM
wow drama apa yg jasmine suraya tu? iols suka lakonan jasmine suraya tapi taktau pulak dia ada sce ...
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...
rosannazmia replied at 4-10-2022 07:45 PM
Dia salah channel kot, ingat nak tyg kan qiyi or viu or even netflix tp lupa lak tyg kat tv tiga s ...
ADVERTISEMENT