CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gayatri Su-Lin Pillai Teman Zul Ariffin Di Mahkamah

4-10-2022 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7972| Komen: 61

Description: Sepang: Kelibat penerbit Gayatri Su-lin Pillai di Kompleks Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini mencuri perhatian apabila hadir menemani pelakon, Zul Ariffin yang didakwa memuat naik kandungan bersifat ...
Sepang: Kelibat penerbit Gayatri Su-lin Pillai di Kompleks Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini mencuri perhatian apabila hadir menemani pelakon, Zul Ariffin yang didakwa memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.


Gayatri yang dilihat memakai blazer berwarna putih, manakala Zul mengenakan sut kelabu gelap tiba pada jam 8.10 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam, dan diiringi oleh peguam.

Ketika prosiding dijalankan sekitar jam 9 pagi, Gayatri turut berada di dalam bilik Mahkamah Sesyen Jenayah 2 bagi mendengar perbicaraan yang berlangsung kira-kira sejam.




Malah, sebaik selesai prosiding yang dijalankan, Gayatri dilihat berbual dengan Zul di luar bilik mahkamah terbabit bersama peguam sebelum penerbit itu beredar.

Kemudian Zul dibawa peguam dan pembantu peribadinya untuk menyelesaikan bayaran denda yang dikenakan terhadapnya.

Ketika menunggu proses bayaran dibuat, Zul memberi kerjasama baik kepada rakan-rakan media yang hadir seawal jam 7.30 pagi apabila menjawab segala soalan yang diajukan.

Terdahulu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada 18 Mac lalu.


Zul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 18 Mac lalu, Zul memuat naik babak ghairah dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.

Video memperlihatkan Zul mendukung pelakon, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 4-10-2022 03:21 PM
Kawin je lah dgn Acik Gaya tu Zul
Setia betul dia
Quote Mary_jane 4-10-2022 03:40 PM
Setianyaaa Gaya.
Quote sakurazura 4-10-2022 03:43 PM
Meols lebih kesian kan acik ni. Sampai bila2 friendzone. Tapi sheols juga yg setia.
Quote afie_m 4-10-2022 03:47 PM
kesian acik Gaya, time mcm ni dia lah peneman setia...
Quote susukambingbest 4-10-2022 03:51 PM
Asal brlaki. Move on je la acik oii. Org lain yg kesian kt acik tp acik xkesian kt diri acik sndiri.
Quote beatgirlX 4-10-2022 03:55 PM
BFF sgt...moga acik Gaya bertemu dgn org yg selayaknya menghargai beliauuuu
Quote Prickford 4-10-2022 04:02 PM
Setia kembali demi membantu bayaran denda letewww...
Quote supernaturalee 4-10-2022 04:05 PM
blh dh ni settle down
kontolbesi ape lg yg ko nk tayang
umur pun dh berapa kan

Quote lattehazelnut 4-10-2022 04:06 PM
Prickford replied at 4-10-2022 04:02 PM
Setia kembali demi membantu bayaran denda letewww...

Ye duit saman n maybe duit lawyer gak.
Tapi mcm kesian je kat gaya..
Quote lattehazelnut 4-10-2022 04:08 PM
Umur zul 35, gaya 47
Tapi zul muka tua sgt sekarang mcm sebaya je
Quote Gianna111 4-10-2022 04:22 PM
acik gaya ni tak dapat ke lepas kan jul ipin?
Quote dua_chzy 4-10-2022 04:25 PM
Gianna111 replied at 4-10-2022 08:22 AM
acik gaya ni tak dapat ke lepas kan jul ipin?

Dah tu ingat si Jul Ripon mampu lepaskan sheol?
Quote dua_chzy 4-10-2022 04:25 PM
Ko tengok la Jul sapa paling setia di sisi ko selama neeeeh. Dah la acik ni juga yang naikkan nama ko dalam industriiii.
Quote dua_chzy 4-10-2022 04:27 PM
Untuk pompuan umo 47 ok je body acik Gaya tu.

Btw masih teringat level nobody Jul Ripon masa gigih bercinta dengan setagajah Abby Abadi dulu. Ntah2 Jul pun geli ingat tahap desperate heols masa tu.
Quote Gianna111 4-10-2022 04:29 PM
dua_chzy replied at 4-10-2022 04:25 PM
Dah tu ingat si Jul Ripon mampu lepaskan sheol?

konsep i perlu u perlu i?sebegitu?
Quote dudaberhias 4-10-2022 04:38 PM
dulu macam tak sesuai jul bergf kan cikki kepam sebab zul dulu hensem... sekarang terbalik... sesuai dan sekufu sangat dedua soo kaka ship dan mengaminkan theyols kahwin... agittuhh...

lagipun dah geli nak tengok si jul berlakon dengan mata terbeliak2 macam adi kilau...
dah la penuh sabut kelapa kat muka tu... nak comolot pun mesti gaya3 kena kopek2 macam kopek kelapa tua untuk comolot... choiii baik pergi perah santan... kurang2 boleh buat nasi lemak...
Quote naina 4-10-2022 05:03 PM
Haritu kan Zul hadiahkan acik gaya kereta sempena besday acik gaya kan. Tak ingat kereta jenis apa
Quote makadek 4-10-2022 05:10 PM
Mgkn julriporn sdp Sgt Tu tak leh up on
Quote babelina 4-10-2022 05:15 PM
muka zul lain btl skrg.. nmpk serabut jer.. x bersih suci murni mcm dulu..
tp tu la.. sudahnya esok mcm sapa lg sorg tu.. kawin gak ngn ex tunang.. tu jer yg setia..
jol pn kawin juga ngn acik gaya nie nanti..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056510 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top