Sedang hangat nama sering disebut-sebut, bagaimanapun ada pihak mula kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan Anna Jobling dan Meerqeen.
Menjawab mengenai isu tersebut, bekas peserta program Dewi Remaja itu berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa jika ada yang sudah mula jelak dengan kemesraannya bersama Merqeen. “Itu platform media sosial saya. Jadi, saya boleh buat apa yang saya suka. Jadi, kalau ada yang meluat ke, tak suka tengok ke, block sahaja saya dan jangan tengok. “Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada Gempak ketika ditemui baru-baru ini.
Sungguhpun begitu, masih ada yang suka melihat mereka berdua, sehingga meminta mereka untuk mendirikan rumah tangga. Menurut Anna, dia dan Meerqeen tidak pernah terfikir ke arah itu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya lakonan. “Buat masa sekarang kita fokus kerja… No!” ulasnya ringkas. Dalam pada itu, Anna turut memberitahu yang dia bakal ke Jakarta pada bulan ini bagi memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana. “Selain itu, saya juga akan bertemu dengan client dan juga perbincangan untuk kerjaya seni di sana,” katanya lagi. Sumber: Gempak |
Addrianna replied at 4-10-2022 07:13 AM
sombongnya statement kau ana kau meletop baru je satu drama tu pun hype sebab orang yindon minat.mem ...
Addrianna replied at 4-10-2022 03:13 PM
sombongnya statement kau ana kau meletop baru je satu drama tu pun hype sebab orang yindon minat.mem ...
Addrianna replied at 4-10-2022 03:13 PM
sombongnya statement kau ana kau meletop baru je satu drama tu pun hype sebab orang yindon minat.mem ...
chilly replied at 5-10-2022 08:39 PM
Eksen-eksen nak gi mana? Bila jawapan meriak macam ni teringat terus kes dewirumaja. Jangan memain o ...
ADVERTISEMENT