Masih terbayang-bayang lagu dangdut popular era 90an ‘Secangkir Madu Merah’ yang dinyanyikan oleh Shila Amzah di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 semalam.
Shila Amzah mengakui dia berasa gementar membawa lagu dangdut popular era 90an ‘Secangkir Madu Merah’ di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 pada Ahad. Menurut Shila, dia bukan sahaja gementar perlu membawa lagu tersebut, malah perlu menari dan memikirkan fesyen bersesuaian untuk persembahannya. Nampaknya, busana yang digayakan Shila semasa persembahan malam itu mendapat respons positif warganet.
Menjengah ke ruangan komen muat naik selebriti ini, rata-ratanya memuji pemilihan fesyen Shila yang dikatakan sopan. Sekadar info, Shila Amzah membawa lagu dangdut popular bertajuk ‘Secangkir Madu Merah’ dan berjaya menduduki tangga pertama bagi minggu ketiga Ahad lalu. Manakala pada minggu depan pula, Shila akan menyanyikan salah satu lagu popular Rossa, ‘Pudar’. Sumber: Murai
|
MistrezHermanaz replied at 4-10-2022 10:40 AM
rossa pudar?bkn lagu pudar tu lagu indah ruhaila ke?yg rancak tu yela lagu rossa, tajuk sama
nazhidd replied at 4-10-2022 01:49 PM
rsa nya lagu indah ruhaila
bukan lagu rossa
ashilalat replied at 4-10-2022 10:09 PM
Murninya komen² kat IG shilalat ni..sebab kau delete komen² yg menegur kau termasuk la komen aku. ...
ADVERTISEMENT