Gara-gara dandanan rambut penyanyi dan pengacara, Shiha Zikir ketika mengendalikan program Terpaling Juara pada malam Ahad lalu, seorang pengguna media sosial tampil melabel selebriti itu sebagai rasis.
Memetik laporan Xtra, pengguna TikTok tersebut melemparkan tuduhan sedemikian apabila wanita yang juga seorang pelakon itu menggayakan dandanan rambut ala 'cornrow braids'.
Sumber Xtra
Pelantun lagu AEWO yang menyedari perkara itu, tidak berdiam diri dan tampil menjelaskan dandanan berkenaan hanyalah sekadar gaya rambut sahaja dan tiada sebarang niat yang lain kerana ia terlebih dahulu dibincangkan dengan jurugaya.
Kata Shiha, dia sedar bahawa setiap perkara mempunyai sejarah tersendiri, namun menyarankan agar orang ramai tidak membuat isu tersebut lebih sukar.
"Itu cuma gaya rambut sahaja, macam kita ada dandan rambut dua tapi malam itu kami decide nak ikat semua.
"Memang setiap benda kebanyakkan ada sejarah. Itu tidak dinafikan. Cuma sekarang, gaya rambut terbabit dah jadi sekadar 'one of hairstyle', tak lebih dari itu.
"Sama juga permainan bola sepak, cuba kaji asal usul game tu. Tapi, zaman sekarang dia cuma jadi hanya sekadar sukan. So, jangan fikir deep sangat dan mengaitkan isu-isu tersebut," katanya.
Terdahulu, video terbabit tular di aplikasi TikTok sebelum ia dipadamkan oleh pemilik akaun.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, ada segelintir pihak yang menyatakan gaya dandanan rambut sebegitu adalah isu sensitif bagi golongan 'African American'.
Sumber Xtra
Bagaimanapun, ada juga yang membidas tanggapan tersebut dan membela selebriti itu. - CARI
Sumber Xtra
Sumber Xtra
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My