Penyanyi Bad Indigo mendedahkan penceraiannya bersama bekas isteri, Ashira Aziz berpunca dari dirinya yang tidak bersikap jujur sejak awal perkahwinan.
Takut kehilangan Ashira jika mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapi, Bad atau nama penuhnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menyesali tindakan yang diambilnya itu. "Punca penceraian adalah kerana saya tidak bersikap jujur terhadap Ashira sejak awal perkahwinan. Bukan membabitkan orang ketiga atau sebagainya, namun saya tidak berterus terang mengenai penyakit yang saya alami. "Mungkin saya tidak menyedari kepentingan berkongsi mengenai perkara itu, sebaliknya tidak bersikap berterus-terang kerana takut akan kehilangannya. Jadi, bukan berpunca daripada dia tidak mahu menjaga saya dan sebagainya.
"Memandangkan kami tidak berkongsi punca penceraian, ramai yang menyalahkan Ashira dan terus mengecamnya. Jangan menuduh tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita. "Berhentilah menghentam dan mengecamnya kerana Ashira juga berhak untuk bahagia sama seperti orang lain. Saya yang bersalah dalam hal ini dan berhentilah menyalahkan Ashira," katanya. Bad menolak cakap-cakap negatif mengenai pendapat sesetengah pihak yang mendakwa perceraiannya bersama Ashira disebabkan bekas isterinya itu yang tidak mampu untuk berdepan dengan masalah kesihatan yang dihadapinnya. Bad menjelaskan, ramai yang ingin mengetahui punca sebenar perceraian mereka kerana ada yang menganggap pengumuman yang dilakukan oleh mereka seolah-olah tergantung dan tidak bertitik noktah. Tambah Bad, tiada istilah bekas isteri berpisah kerana tidak tahan untuk menjaga dirinya yang sedang sakit. Katanya, netizen akan mencari punca sebab mereka bercerai kerana cerita mereka selepas berpisah dilihat seolah-olah tidak ada penutup.
|
faraway1 replied at 3-10-2022 06:58 PM
Biarlah asbira tu nak berlaki baru, dia berhak.
Tu yang suib tu dari bini baru meninggal sampai sek ...
faraway1: Biarlah asbira tu nak berlaki ...
pocongkiutss replied at 3-10-2022 06:00 AM
Suib nk berbini sis..bukan nak berlaki..rogayah namanya tu kalau dia nak berlaki
lazim replied at 3-10-2022 07:04 PM
Asyira cuma perlu menggunakan otak sikit shj. Dpt jntan baru diam sdh. Bila announce gitu org mnyam ...
ketambangkang replied at 4-10-2022 08:50 AM
ashira & oshin org yg sama eh?
ashilalat replied at 4-10-2022 09:34 AM
Dulu mmg ada penyanyi lain nama Oshin. Ashira ni lain.
Tp dalam family Ashira, Ashira dipanggil O ...
ADVERTISEMENT