CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Minum Dua Liter Air Kosong Sehari, 40 Minit Senaman Dan Solat-Rahsia Sarimah Ibrahim Awet Muda

2-10-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3628| Komen: 24

Sejak muncul sebagai pengacara gantian dalam program Gegar Vaganza baru-baru ini, nama Che Puan Sarimah Ibrahim kembali menjadi sebutan ramai.

Kata netizen, mereka sangat teruja melihat kemunculan Sarimah kerana terlalu merindui keletahnya setiap kali menjadi hos dalam mana-mana program.

Foto: IG

Bukan itu sahaja, selain pengacaraan, dia juga turut dipuji kerana masih kekal jelita walaupun usianya sudah mencecah 43 tahun.

Disebabkan itu, ada pula yang menggelarnya seperti vampire kerana tidak ditelan usia.



Membalas respons ramai, Sarimah berkongsi tip atau rutin hidupnya untuk kekal sihat.

“Cuma nak cakap, nak jadi cantik lebih senang berbanding ingin sihat.

“Sihat itu lebih penting, mental dan fizikal. Jaga kedua-duanya,” kongsinya.


Sebelum itu, Sarimah pernah kata untuk kekal sihat dia minum dua liter air kosong sehari, 40 minit senaman dan solat.

Boleh cuba ikuti tip ini, manalah tahu wajah dan badan kekal muda serta sihat walaupun usia sudah 50 tahun. -CARI



Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 2-10-2022 03:47 PM
deep squat ye kak mah..gigil peha nak buat tu
Quote sleepandream 2-10-2022 04:24 PM
sheols lagi best dari sherry oceyyy
Quote nylliette 2-10-2022 04:43 PM
solat pun nak masuk list. abis yg gemuk2 tu x solat ka hahah
Quote Hoshhi 2-10-2022 04:46 PM
Quote hareeeesah 2-10-2022 07:13 PM
Standed jawapan retis semua mmg kena jwb solat ek..
Quote Belibis 2-10-2022 07:23 PM
nylliette replied at 2-10-2022 04:43 PM
solat pun nak masuk list. abis yg gemuk2 tu x solat ka hahah

Yang huduh..kepam tu lagi kesian..kot kena salah anggap tak solat.
Quote Aneem 2-10-2022 07:55 PM
Sheol mmg cantik in real life. Wpun kdg2 nampak hauk dalam medsoc. Mungkin tak reti berfilter bagai. Tp ku prefer gitu. Real life helok dari alam maya.
Quote kucing_gebu 2-10-2022 08:47 PM
Wuduk, solat ..hbs yg hodoh2 ni xsolat la agaknya
Quote miu84 2-10-2022 08:50 PM
Senam tu memang betul. Berseri² muka orang yang rajin bersenam ni.
Quote jejaka_hensem 2-10-2022 09:11 PM
Iols minum air 3 liter ye time kje,sbb duduk dlm ekon.
Harap terus hensem dan awet muda
Quote suka2 2-10-2022 09:12 PM
Sheols pun hidup tai2 fikir jaga badan, jaga makan, main dgn anak, bkn perlu bersusah payah carik duit mcm acik2 jual goreng pisang yg dok depan kuali panas dari tgh hari bawak ke petang.
Quote Carcosa 2-10-2022 09:34 PM
Meols pernah jumpa dia ni depan2.
Memang lawa yach. Serious. Muka dia mcm.... entah ek. Kalau nak explain in one word, meols boleh rumuskan muka dia Glistening. Hah gituuuu.
Meols pun mcm tersipu2 tgk dia, sbb dlm hati ckp "Eh lawanya dia ni"
Quote manjalara_01 2-10-2022 09:40 PM
Edited by manjalara_01 at 2-10-2022 09:43 PM
Aneem: Sheol mmg cantik in real life. ...

Yes btul. Dulu pernah terjumpe kak mah kat klcc. Dpt signature die. Muke minah saleh 95%. Ya lg cantik in real life.

I minat die since jd host ntv7 utk teens show kot x ingat dah. Tp mmg ujung mggu bgn tdo terus tgk her show. She's so funny & a joy to watch
Quote orangbiasaje 2-10-2022 09:53 PM
sleepandream: sheols lagi best dari sherry o ...


Mmg experienced host kat ntv7 dlu diq. Zmn pengacara2 professional dan kebaboom.
Quote anakkerengga 2-10-2022 09:56 PM
Rahsia awet muda yg sbnr kena byk duit.. bila ada duit mcm2 blh buat
Quote sukacactus 2-10-2022 10:02 PM
Eh tp betul kalau selalu excercise, byk keluar peluh, kulit npk sihat
Quote sleepandream 2-10-2022 11:12 PM
anakkerengga replied at 2-10-2022 09:56 PM
Rahsia awet muda yg sbnr kena byk duit.. bila ada duit mcm2 blh buat

mana ada... rosmah duit byk tak awet muda pon...
Quote Piramida 3-10-2022 12:15 AM
Ok je sesuai umur.. Takde lah awet muda nya.
Kalau shafinaz tu iya, dah dekat 50.
Quote rogayahtop 3-10-2022 01:41 AM
tg jamie pun dah kurus jugak, masa muda2 dulu lg comel pipi bulat, masa tu tmj yg kurus

mmg lawa meletop pun sarimah ni, bm dia pun tersangat la proper.
skrg ni makin terserlah aura kebahgiaan. Tu kut yg dimaksudkan dgn solat tu agaknya.  

   

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037455 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top