CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Keluarga Makcik Ni Nampak Posting Linda Onn, Pergilah Bayar

2-10-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11229| Komen: 116

Description: Penyampai radio popular, Linda Onn mendedahkan terdapat pelanggan yang mengunjungi restoran miliknya didakwa tidak membayar selepas selesai menjamu selera.
Penyampai radio popular, Linda Onn mendedahkan terdapat pelanggan yang mengunjungi restoran miliknya didakwa tidak membayar selepas selesai menjamu selera.

Kata Linda ketika kejadian berlaku, dia tidak menyedari kerana terdapat ramai pelanggan dalam satu masa.


IG Linda

“Tengah ramai customer tadi. Memang tak perasan kalau ada yang lepas makan terus balik,” katanya.

Linda berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang menunjukkan pelanggan di satu meja enam orang yang didapati tidak membayar makanannya.


Pun begitu, Linda cuba bersangka baik dan menganggap pelanggan itu lupa hendak membayarnya.



IG Linda

“Kami bersangka baik. Mungkin bukan niat, mungkin terlupa, mungkin disangka dah bayar. Jika kemungkinan itu, kami halalkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Linda sempat berkongsi resit yang perlu dibayar berjumpa RM103.18.

Linda mengusahakan restoran makanan berasaskan nasi ayam yang diberi nama My Mom’s Chicken Rice itu sejak hampir 10 tahun lalu.
 

Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 2-10-2022 01:09 PM
kalau dah halal kan buat apa post kat IG?

lain lah kalau nak suruh bayar.. bisnes kan.. dah makan harus bayar
Quote Piramida 2-10-2022 01:15 PM
Org tu lupa lah tu... Kadang2 auto lupa.
Tu elok ya bayar dulu, br menjamah selera.

Bagus lah halal kan. Murah rezeki lagi.
Quote makita 2-10-2022 01:15 PM
Mmg ada mcm ni. Meols onh jumpa cust yg kaya. Mcik ni jenis suka komplen2 tp dtg gak kt kdai yg di komplen2...sejenis berkira jugak. Penah dia duk pilih2 ayam nak yg besar.  Sekali ayam tu jatu kat lantai. Terus dia letak penyepit n buat2 x de pape. Pdhal dari awal sampai akhir meols nampak kejadian tu . Esok dtg lagi n komplen2 lauk x memenuhi citarasa. Tp syukur mcik tu dah meninggal so xde la dgr lagi org cerewet komplen2 tapi syg duit.
Quote Hoola 2-10-2022 01:18 PM
makita replied at 2-10-2022 01:15 PM
Mmg ada mcm ni. Meols onh jumpa cust yg kaya. Mcik ni jenis suka komplen2 tp dtg gak kt kdai yg di k ...

euww kita pun tpngbgeram bila mndgr
kalu komplen byk,suh masak sndiri
tp dh arwahbpulak
Quote ezacbee 2-10-2022 01:19 PM
Kedai makan memang ada pelanggan jenis camni. Betul2 pelupa atau sengaja. Terpulang.
Quote acik79 2-10-2022 01:24 PM
Mungkin terlupa, aku pun pernah… tapi esoknya gi balik kedai tu bayar… risau weh takut kat sana kena tuntut pula.
Quote Mamason 2-10-2022 01:25 PM
redz85 replied at 2-10-2022 01:09 PM
kalau dah halal kan buat apa post kat IG?

lain lah kalau nak suruh bayar.. bisnes kan.. dah makan h ...

Maksud tersirat post dia tu suruh customer tu bayar kot...
Quote fadz84 2-10-2022 01:26 PM
dulu mas LO ni deejay kat Era hari2 iklan kedai nasi ayam dia berkumandang... btw sedap ke nasi ayam LO ni? Sesape pernah try? Ckp bab nasi ayam, iols pernah mkn yg sedap kat pasar ss15 subang jaya.. sambal dia mantap...
Quote ekselen 2-10-2022 01:31 PM
Edited by ekselen at 2-10-2022 01:33 PM

Mungkin nk bgtau kot customer terlupa and xdpt nk byr so dia halalkan...atau mungkin nk remind  kat customer lain jgk utk bayo lepas mkn...
Quote she 2-10-2022 01:52 PM
redz85 replied at 2-10-2022 01:09 PM
kalau dah halal kan buat apa post kat IG?

lain lah kalau nak suruh bayar.. bisnes kan.. dah makan h ...

Nak bagitau donia dia pemurah
Tapi dalam masa yang sama tak berapa nak ikhlas
Hahahahaha
Quote Itzy 2-10-2022 01:53 PM
redz85: kalau dah halal kan buat apa p ...

dia kata jika....baca ayat tu betul2 'jika terlupa'
Quote Itzy 2-10-2022 01:56 PM
she replied at 2-10-2022 01:52 PM
Nak bagitau donia dia pemurah
Tapi dalam masa yang sama tak berapa nak ikhlas
Hahahahaha

dia nak bagitau jangan makan benda haram. Jika terlupa dia halalkan tapi jika saja buat2 lupa....tunggu la kat akhirat sana hahahah
Quote asamfish 2-10-2022 01:58 PM
Betul tindakan LO ni.  Saling ingat mengingati.  Hutang bukan sahaja wajib dibayar, tapi juga perlu dituntut.
Quote sayawifenikmie 2-10-2022 02:06 PM
tak baik lah macam ni
kalau betul HALAL kalau yg makan tu lupa, kenapa nak letak gabar ni kat IG walau tutup sebahagian muka ..
seratus lebih jer pun ..

saya kena scam rm300 lebih pun siap boleh gurau2 lagi dengan scammer saya ....
Quote aammyy 2-10-2022 02:10 PM
Baru ni naik kat explore ig dia punya reels. Dct order. Tapi pelik nau la nama full siap pangkat lagi. Bukan penyanyi bernombor kita tu humble ke?
Quote hanihan16 2-10-2022 02:28 PM
fadz84 replied at 2-10-2022 01:26 PM
dulu mas LO ni deejay kat Era hari2 iklan kedai nasi ayam dia berkumandang... btw sedap ke nasi ayam ...

nasik ayam laili kan. alaaaahhhh sedapnya!
Quote hzln 2-10-2022 02:29 PM
fadz84 replied at 2-10-2022 01:26 PM
dulu mas LO ni deejay kat Era hari2 iklan kedai nasi ayam dia berkumandang... btw sedap ke nasi ayam ...

Bertahan lama kedai nasik ayam dia, dah 20 tahun kan, sedap la kut, walopun bagi tekak iols rasa biasa2 jer, bulih la makan, iols pernah pergi sekali, pertama dan terakhir la kut, tapi bkn psl nasik ayam dia, tapi sbb iols order milo ais, tapi yg sampai milo kotak
Quote she 2-10-2022 02:32 PM
sayawifenikmie replied at 2-10-2022 02:06 PM
tak baik lah macam ni
kalau betul HALAL kalau yg makan tu lupa, kenapa nak letak gabar ni kat IG wal ...

Betul kak Lid
Patut dia letak post gini

“Kepada sesiapa yang makan di kedai saya sekian tarikh masa…anda mungkin terlupa nak membayar makanan anda sebanyak bla bla bla…jika anda terlupa…sila jelaskan bayaran…jika anda tak berkemampuan…saya halalkan…jika anda sengaja…saya akan ambil tindakan undang2”

Gitewwwww
Quote suka2 2-10-2022 03:09 PM
Dia kdg2 bkn sbb terlupa. Penah berlaku, dalam grup yg gi makan tu ada sorg ni beria2 nak belanja sbb dah terhutang budi bnyk sgt dgn kawan2. So, lpas makan semua, yg beria nk belanja ni gi kaunter, ingatkan dia gi setel bayar rupanya nak amek toothpick je pun dan pastu meluru keluar kedai join kawan2 lain yg tggu kat luar. Dapat tau makan tak berbayar tu pun sbb lepas bbrp hari dia tanya member yg lg sorg ni, berapa total kena makan sbb dia nak bayar balik duit member tu. So, terkejut la member rupanya yg sibuk nk belanja ni rupanya harap org lain dulukan bayar nnt dia bayar balik

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054128 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top