Oleh : TS LOO
Sama ada akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) atau tidak berhubung laporan wang sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau, keputusan itu akan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak bulan depan. Berdasarkan laporan The Malaysian Insider, Datuk Mohd Hafarizam Harun, iaitu peguam kepada Datuk seri Najib menjelaskan, pandangan daripada pakar undang-undang luar negara telah dilakukan dan akan mendapatkan pandangan kedua sebelum menasihatkan anak guamnya. Bagaimanapun Hafarizam enggan mendedahkan nama negara yang beliau akan lawati bagi tujuan bertemu peguam luar negara itu.
"Jika semuanya berjalan lancar, saya akan bertemu anak guam saya dalam masa 2 atau 3 minggu akan datang dan menasihatkan beliau serta bertindak atas arahan seterusnya." 6 Ogos lalu, Hafarizam berkata, perdana menteri memberikan arahan agar beliau mendapatkan pandangan kedua berhubung pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 3 hari sebelumnya, mengatakan wang itu datang dari penderma dan bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - CARI Infonet |
15
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT