CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

603,985 Daripada 2.32 Juta Peminjam PTPTN Gagal Dikesan

24-8-2015 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8815| Komen: 65


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.universitimy.com

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan seramai 603,985 daripada 2.32 juta peminjam (PTPTN) tidak membayar semula pinjaman PTPTN sehingga 31 Julai lalu dan kebanyakannya gagal dikesan.

Menurut laporan hmetro.com.my, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah pinjaman PTPTN tertunggak (NPL) melebihi RM4.8 bilion menyebabkan perbadanan itu terpaksa melaksanakan pelbagai langkah alternatif bagi memastikan dana berkenaan diperoleh semula.

“Kami ada rekod sebahagian peminjam ini boleh dihubungi, namun ada antara mereka tidak dapat dihubungi selain bertukar alamat hingga menyukarkan kami mengesan mereka,” katanya pada majlis penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong di sini, semalam.

“Selain penjawat awam, kami kini berusaha untuk membolehkan pekerja swasta yang berhutang dengan PTPTN membuat potongan gaji melalui majikan mereka,”
katanya.

Menurutnya, jika PTPTN tidak bertindak bijak maka perbadanan itu dikhuatiri tidak boleh berperanan sebagai pembiaya utama pendidikan negara kerana setiap tahun PTPTN perlu menyediakan dana untuk 200,000 penuntut baru dan kira-kira 400,000 pelajar sedia ada di institusi pendidikan tinggi seluruh negara.

Sebelum ini, PTPTN turut mengambil langkah menyalurkan nama-nama peminjam ingkar kepada Jabatan Imigresen Malaysia bagi menghalang mereka ke luar negara. - CARI Infonet.


18

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 24-8-2015 02:54 AM
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat terkini trace daripada majikan
Quote sejahtera 24-8-2015 05:17 AM
munchkin replied at 24-8-2015 02:54 AM
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat ter ...

betul,

kan zaman IT,

maklumat peribadi on line, senang mau cari..

facebookka, tweeter ka,

Jab Pendaftaran pun boleh cari,

apa yg susah..

Quote sejahtera 24-8-2015 05:22 AM
kalu cakap susah ,

ada kelemahan tang pengkalan data kerajaan,

KPI mana?



Quote R2D2 24-8-2015 08:48 AM
data dari Imigresen, LHDN, KWSP, JPN
so mana mau lari?
Quote monyet_2015 24-8-2015 09:03 AM
Apasal peminjam-peminjam PPTN ni teruk sangat perangai.apakah orang2  ni bergitu teruk perangai ..dah pinjam tu bayar lah..sebab duit tu selepas kamu orang  lain pula nak guna..kalau kamu tak bayar mana nak cekau duit nak bagi pinjam kepada adik akak dan jiran2 kamu yang memerlukan pinjaman PPTN juga.....so bayar lah....
Quote makneng 24-8-2015 09:04 AM
Siyes gagal dikesan,  ada ilmu ilang kan diri ke?  Bayor je la esok kat mahsyar susah nak menjawab
Quote cutebaby5907 24-8-2015 09:15 AM
aku gigih bayar pun x habes2
target nk abeskan dalam masa 1 tahun
belum mimpi la nak beli honda city selagi x abeskan ptptn dgn jayanya

ada budak kt opis aku ni rilek je x penah byr lgsg
waimma dah keje 5 tahun
pastu bangga naik honda civic tahun 2005



Quote damian_lee 24-8-2015 09:30 AM
munchkin replied at 24-8-2015 02:54 AM
you guys dont talk to each other between agencies???? tak tanya kwsp???? mereka tentu ada alamat ter ...

tu la pasal ... supposely they should have centralized punya database tak pun sync between their database .....sangat2 la membazir masa dan tenaga untuk buat double work ...
where each agencies ada multiple database .... supposely diorang kena ada source of truth .... contohnya JPN and Imegresen database

where the logic is ....
1) everyone need IC/Sijil Kelahiran in order untuk diorang tinggal kat Malaysia so JPN
2) but they also need passport untuk travel ke luar

contohnya: JPN punya database sebagai source of truth then bila ada yang nak buat passport fiorang kena check info dr JPN database kalau diorang bg information lain. kena confirmkan sama ada that;s their latest information. tapi kena measure urity information level. apa yang simply boleh ditukar and apa yang tak. and kena ada IT audit department untuk check which ID buat which changes. Setiap pertukaran information kena ada valid reason. sort of.

kalau tengok channel CI kat Astro boleh nampak yang diorang punya database LYNC antara satu sama lain, ini termasuklah information tentang perubatan and DNA.

tp kes kat Malaysia ni ... ko punya agency ... aku punya agency ... kadang berbalah ... which agency kena settle the issue ... and terlalu banyak redundancy dalam penguatkuasaan ..

lagi satu sangatlah dikesalkan bila bab2 penguatkuasaan

sorry la kalau ada point yang salah ./... huhuhu
Quote afie_m 24-8-2015 09:35 AM
macam x masuk akal ja x dpt kesan...bkn skarang ni semua serba boleh ke.....
Quote damian_lee 24-8-2015 09:40 AM
monyet_2015 replied at 24-8-2015 09:03 AM
Apasal peminjam-peminjam PPTN ni teruk sangat perangai.apakah orang2  ni bergitu teruk perangai ..da ...

tu la .... padahal sebelum diberi pinjaman .... mereka bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan .... mutual aggreement
lepas grad semua ... pulak bising ....


Quote Login_ID 24-8-2015 09:49 AM
hutang tetap hutang..
Quote mzzenma 24-8-2015 09:54 AM
selamat mzz dpt first class..dpt convert ke scholarship
tapi still kena bayar utk diploma..bayar tetiap bulan pun tak surut2 juga hutang ptptn
Quote blythes 24-8-2015 10:03 AM
aku suggest kalau tak lalu bayar bulan2, kumpul sendiri. next time diorang buat 20% discount on bayar habis, pergi bayar. jimat banyak tu.
Quote tagas 24-8-2015 10:11 AM
Sory la aku tak pinjam stok ptptpu nih

aku pinjam ypj je dulu..dpt pun ciput jer then now dah abis byr da pun 2 tahun lps

payslip aku bersih tanpa sebrg hutang

hutang keta pun da nak abis byr lg setahun jer

bersih da payslip aku rm4400k

insurans dah ade 3..ingat pasni nak masuk tabung haji & loan asb

lapang kepale hidup tanpa hutang
Quote NAT_11 24-8-2015 10:16 AM
Alehhh BUKAN SUKAR MANA pun.
Bagi jah nama 603,985 peminjam ni kat BANK NEGARA.
Istihar INSOLEVAN  - abis cerita.
Bila masing-masing nak beli motor, rumah or keta, tak boleh buat pinjaman.
Masa tu, barulah memunculkan diri.....................
Quote Cyempaka 24-8-2015 10:31 AM
ptptn pun.... aku minta copy agreement nak byr abih guna kwsp,bleh officer dia cakap - saya rasa dah hilang la.. ... dah kwsp xbg kuarkan duit, kena la merangkak bayar bulan2 yang ntah bila nak abih
Quote batricia 24-8-2015 10:32 AM
tagas replied at 24-8-2015 10:11 AM
Sory la aku tak pinjam stok ptptpu nih

aku pinjam ypj je dulu..dpt pun ciput jer then now dah abi ...



dik, ko dah boleh kawan dgn najib.
k = 000

4400k bermakna RM4,400,000

Quote cucuq 24-8-2015 10:39 AM
R2D2 replied at 24-8-2015 08:48 AM
data dari Imigresen, LHDN, KWSP, JPN
so mana mau lari?

yup betul setuju, skang ni semua dihujung jari jer


Quote zeed 24-8-2015 10:40 AM
dah pinjam taknak bayar... mostly melayu la ni.. Alhamdulillah la keluarga aku tak penah pinjam ptptn..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.145276 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top