View: 3272|Reply: 23
|
[Tempatan]
Bila nak saman? Peguam Najib dptkan pandangan kedua sebelum keputusan saman WSJ
[Copy link]
|
|
Peguam Najib dapatkan pandangan kedua sebelum keputusan saman WSJ
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 24 August 2015
12:46 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-najib-dapatkan-pandangan-kedua-sebelum-keputusan-saman-wsj
Peguam Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang luar negara dan akan mendapatkan pandangan kedua sebelum menasihatkan anak guamnya sama ada menyaman The Wall Street Journal atau tidak berhubung laporan wang sebanyak AS$700 juta didepositkan ke dalam akaun peribadinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.
Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan bulan depan sama ada akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) atau tidak berhubung laporan wang sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau, kata peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Katanya, beliau sudah mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang luar negara dan akan mendapatkan pandangan kedua sebelum menasihatkan anak guamnya.
"Saya akan ke luar negara minggu ini mendapatkan khidmat pakar perundangan bagi menasihati anak guam saya (Najib) bagi membolehkan beliau membuat keputusan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Hafarizam bagaimanapun enggan mendedahkan nama negara yang beliau akan lawati bagi tujuan bertemu peguam luar negara itu.
"Jika semuanya berjalan lancar, saya akan bertemu anak guam saya dalam masa 2 atau 3 minggu akan datang dan menasihatkan beliau serta bertindak atas arahan seterusnya," katanya.
6 Ogos lalu, Hafarizam berkata, perdana menteri memberikan arahan agar beliau mendapatkan pandangan kedua berhubung pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 3 hari sebelumnya, mengatakan wang itu datang dari penderma dan bukan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengumuman SPRM itu adalah pengesahan rasmi pertama yang wang itu benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, yang kini ditutup.
MACC bagaimanapun tidak mendedahkan identiti penderma dari Timur Tengah itu. Keadaan diburukkan lagi apabila pemimpin Umno mengeluarkan pelbagai versi berkenaan wang itu.
Seorang pemimpin Umno Pahang mendakwa wang itu diterima Najib bagi tujuan memerangi militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) sewaktu pemimpin lain memaklumkan kepada orang ramai yang ia sumbangan dana pilihan raya.
Terkini, seorang menteri pula mendakwa wang itu diterima Najib dari Timur Tengah supaya Barisan Nasional boleh mengalahkan DAP yang dibiayai Yahudi.
24 Ogos, 2015.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
masih pandangan ke dua lagi??? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaklah pandangan kedua. Pandang sepuluh kali pon akal x bleh terima derma 2.6 billion.!!! |
|
|
|
|
|
|
|
cepat lah saman
WSJ, Sarawak Report
Bloomberg, Forbes
semua semua tu memburukkan
Najib belaka |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha....DS Najib Taratulur... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan kedua tue dr menteri umno ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt tak konfiden....kalau yakin 100% betul dan ada bukti2 kukuh, nak fikir apa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Saman la..takut byk lg Sarawak Report dedah la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hafarizam dah dapat datuk. Wow. |
|
|
|
|
|
|
|
dah takut kalahla tu. WSJ just saying duit masuk akaun najib tanpa menyebut pihak mana yg masukkan (xde sebut duit IMDB) tup2 SPRM keluar statement memang ada duit masuk. mcm mana nak menang saman?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ko rasa ko betul, takda buat salah... saman je la. Banyak nau alasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nakharommmm... darah pahlawan mangkuk hang ... hari tu melompat-lompat nak saman ... |
|
|
|
|
|
|
|
Akan membuat keputusan (saman) pada bulan depan. |
|
|
|
|
|
|
|
saman ler .... ada bran ...
jgn main cakap jer .... |
|
|
|
|
|
|
|
buwek samang kat UK le.....kat sano abih semua keno declare.....kat sini....ebiden bolih disokat....not releven manjang..... |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ting kosong je tak de apo laa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jibby is arsehole ... Pembohong |
|
|
|
|
|
|
|
Whaaaatttt? Kena dapatkan pandangan pakar undang2 luar pulak lagiiiii???? la urusan loyar pun Ali Baba jugak kaaa??? Sah loyar Kelas F kebanggaan mulayu betul....baik Najip pakai khidmat legal firm international aje, senang citer...bahloul... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat maju jaya Najib Razak..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|